Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 8, 2025
in Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat setia Nintama Rantaro pastinya tidak sabar menantikan kehadiran filem terbaru francais ikonik ini, Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja, yang bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia bermula 22 Mei 2025.

Dibawa khas oleh Encore Films Malaysia, ini merupakan filem Nintama Rantaro pertama yang ditayangkan selepas 13 tahun, menjanjikan pengalaman penuh aksi dan keseronokan, sama ada untuk peminat lama mahupun penonton baru.

Filem ini diarahkan oleh Masaya Fujimori, yang terkenal menerusi karya seperti Doraemon dan Kemono Jihen, dan diterbitkan oleh Ajia-do Animation Works. Ia diadaptasi daripada novel Gekijōban Nintama Rantaro Dokutake Ninjatai Saikyō no Gunshi hasil tulisan Kazuhisa Sakaguchi pada tahun 2013.

Selepas tayangan perdana di Jepun pada 20 Disember 2024, filem berdurasi 90 minit ini bersedia memikat hati penonton Malaysia dengan kombinasi humor, emosi, dan aksi ninja yang menarik.

Kredit: Encore Films Malaysia

Mengambil latar di Akademi Ninjutsu — tempat di mana kanak-kanak ninja, atau “Nintama”, mengasah kemahiran mereka — filem ini mengisahkan Rantaro Inadera (suara oleh Minami Takayama), Kirimaru Settsuno (Mayumi Tanaka), dan Shinbei Fukutomi (Teiyū Ichiryūsai).

Kisah bermula apabila guru kesayangan mereka, Hansuke Doi (Toshihiko Seki), hilang secara misteri selepas bertarung dengan Moroizumi Sonnamon, seorang ninja dari puak lawan, Tasogaredoki. Ketika guru senior Yamada dan pelajar tahun keenam memulakan misi pencarian, pelajar tahun pertama pula diletakkan di bawah pengawasan ketua Tasogaredoki, Zatto Konnamon, dan Sonnamon.

Kredit: Encore Films Malaysia

Namun, Kirimaru, seorang anak yatim yang tinggal bersama Doi, secara tidak sengaja menemui petunjuk penting berkaitan nasib gurunya. Keadaan menjadi semakin rumit apabila muncul Amaki (juga dikenali sebagai Tenki), seorang ahli strategi bijak dari pasukan ninja Dokutake yang mempunyai wajah seiras dengan Doi.

Dalam cubaan menggagalkan rancangan jahat di Istana Dokutake, Rantaro dan rakan-rakannya perlu menentang ancaman baru ini demi menyelamatkan guru tercinta mereka. Mampukah mereka mengharungi semua dugaan ini?

Kredit: Encore Films Malaysia

Nintama Rantaro, yang turut dikenali di Malaysia sebagai Ninja Boys dan Ninja Boy Rantaro, berasal daripada manga karya Sōbe Amako dan mula menempa nama selepas adaptasi animenya ditayangkan di NHK pada tahun 1993.

Dengan sejarah lebih tiga dekad, francais ini kekal popular berkat pendekatannya yang santai terhadap dunia ninja dan unsur sejarahnya. Di Malaysia, siri ini pernah disiarkan di saluran seperti TV2, ntv7, Astro Ceria, dan Astro AEC, menjadikannya kegemaran pelbagai generasi.

Kredit: Encore Films Malaysia

Untuk maklumat lanjut mengenai jadual tayangan dan pembelian tiket, jangan lupa semak senarai pawagam berhampiran anda.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeNintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Holy Night: Demon Hunters – Filem Exorcism Korea Penuh Aksi Lakonan Ma Dong-Seok!

Next Post

NetEase Umum Dunk City Dynasty: Pelancaran 22 Mei, Kolaborasi Kendrick Perkins & Giveaway Menarik!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Nintendo Switch App Kini Tersedia di Malaysia, Membawa Pelbagai Fungsi Untuk Pemain Switch
Aplikasi

Nintendo Switch App Kini Tersedia di Malaysia, Membawa Pelbagai Fungsi Untuk Pemain Switch

June 26, 2025
Reviu Mobile Suit Gundam SEED Battle Destiny Remastered – Cukup Menghargai Nostalgia, Tapi Bukan Untuk Semua
Review

Reviu Mobile Suit Gundam SEED Battle Destiny Remastered – Cukup Menghargai Nostalgia, Tapi Bukan Untuk Semua

Racing Master Season 3 Bermula – Koenigsegg Agera RS ’15 dan Pelbagai Ciri Baharu Kini Tersedia!
Berita

Racing Master Season 3 Bermula – Koenigsegg Agera RS ’15 dan Pelbagai Ciri Baharu Kini Tersedia!

June 25, 2025
Next Post
NetEase Umum Dunk City Dynasty: Pelancaran 22 Mei, Kolaborasi Kendrick Perkins & Giveaway Menarik!

NetEase Umum Dunk City Dynasty: Pelancaran 22 Mei, Kolaborasi Kendrick Perkins & Giveaway Menarik!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd