Platform besar seperti Twitch, YouTube dan Facebook Gaming telah membuka jalan untuk streamer baru mencari rezeki. Walau bagaimanapun, ia juga amat susah untuk menonjolkan diri memandangkan jumlah content terlalu banyak. Oleh itu, Tyler Blevins, lebih dikenali sebagai Ninja, mencadangkan bahawa bermain game besar seperti Fortnite atau Call of Duty: Warzone bukanlah laluan terbaik untuk streamer baru. Sebaliknya, dia pesan untuk bermula dengan game yang lebih kecil lalu berkembang dari sana.

Ninja baru-baru ini bercakap dengan CNET di mana mereka tanya “apakah langkah yang perlu diambil oleh bakal streamer apabila baru bermula”. Daripada cuba menonjol dalam game popular, seperti Fortnite atau Apex Legends, dia mencadangkan streamer baru untuk cuba game yang lebih kecil tetapi dengan “komuniti yang rapat”. Ini lebih baik untuk membina “jenama dari awal.”
Dengan cara ini, streamer baru akan mengurangkan kemungkinan diri mereka terkubur dalam halaman utama yang penuh dengan streamer lain dan pada masa yang sama, membuatkan diri mereka lebih mudah ditemui.
Mungkin ada streamer Fortnite, CoD, atau Apex yang kecewa tetapi saya pun setuju bahawa ini adalah pendekatan yang baik untuk sesiapa sahaja yang baru sahaja bermula. Matlamat pertama untuk mana-mana streamer adalah untuk mewujudkan khalayak yang stabil dan setia sebelum meneruskan ke projek yang lebih besar. Dengan mempunyai penonton setia, streamer tersebut masih boleh mencari rezeki daripada kandungan baru sambil mencari peluang untuk luaskan nama.

Walaupun Ninja kata begitu, ia tidak mustahil untuk seseorang menerima kejayaan serta merta semasa bermain game besar, cuma lebih sukar. Sebagai contoh, saya pergi ke Facebook Gaming untuk menonton livestream PUBG Mobile, dan ada berpuluh-puluh orang sedang bermain game itu. Walaupun skil ada, walaupun mereka handal, hakikatnya penonton mereka sedikit.
Semua orang boleh beri nasihat tetapi akhirnya ia terpulang kepada streamer tersebut sama ada mereka ingin mengikut nasihat Ninja atau tidak.
Sumber – Dexerto
@gamersantaimy
Discussion about this post