Xbox Game Studios bersama Team Ninja dan PlatinumGames telah mengumumkan bahawa Ninja Gaiden 4 akan dilancarkan pada 21 Oktober 2025 untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC menerusi Steam serta Microsoft Store.
Game ini juga akan tersedia di Xbox Game Pass sejak hari pertama, menandakan kemunculan ketujuh dalam siri utama Ninja Gaiden, dan merupakan sambungan langsung kepada Ninja Gaiden 3 yang dikeluarkan pada tahun 2012.
Berlatarbelakangkan Tokyo pada era masa depan dengan sentuhan siberpunk, dunia permainan diselubungi fenomena “Rain of Darkrot” hasil sisa peninggalan Dark Dragon.
Ninja Gaiden 4 mengikuti kisah Yakumo, seorang ninja muda berbakat daripada puak Raven, yang berjuang menentang Divine Dragon Order dan kuasa iblis demi menewaskan Dark Dragon.
Watak ikonik siri ini, Ryu Hayabusa, turut kembali sebagai karakter yang boleh dimainkan, dan akan bersemuka dengan Yakumo pada saat-saat genting dalam kisah yang mengupas takdir bersama mereka untuk menyelamatkan Tokyo daripada sumpahan kuno yang menghantui kota itu.

Gabungan gaya combat yang tajam dan mencabar daripada Team Ninja serta aksi penuh gaya dari PlatinumGames menjadikan game ini padat dengan aksi. Yakumo hadir dengan keupayaan khas seperti Bloodraven Form dan teknik Bloodbind Ninjutsu Nué Style, yang memanfaatkan darah untuk serangan jarak dekat dan jauh.
Ryu Hayabusa pula mengekalkan gerakan klasik seperti Izuna Drop dan Flying Swallow, yang kini diperbaharui dengan sentuhan moden. Mekanik lama seperti Obliteration dan Ultimate Techniques turut kembali, digandingkan dengan ciri eksplorasi baharu termasuk larian ninja, melungsur, teknik bergayut, dan aksi rail-grinding.
Dengan tahap kesukaran yang boleh diubah suai dan pengalaman gameplay yang fleksibel, ia sesuai untuk pemain setia mahupun pendatang baru dalam siri ini.

Maklumat lanjut di laman web rasmi.
@gamersantaimy
Discussion about this post