Hari ini Square Enix telah melancarkan treler terbaru dan screenshot untuk pemainan mobile akan datang NieR Re[in]carnation. Kali terakhir kami mendapat informasi mengenai permainan ini adalah pada April lalu yang juga menampilkan banyak screenshot yang dikongsikan. Treler kali ini memberikan gambaran yang luas pada permainan, menunjukkan lebih banyak dari apa yang dapat kita harapkan, termasuk permainan yang sebenarnya.
Permainan itu sendiri terbahagi antara menjelajahi tempat yang disebut “Cage,” kenangan dimainkan yang mempunyai gaya visual dan pertempuran yang berbeza.
Gambar tersebut merangkumi tiga screenshot yang menggambarkan persekitaran Cage dan tiga watak utama yang direka oleh artis terkenal Akihiko Yoshida yang menghasilkan karyanya pada Final Fantasy Tactics, Final Fantasy XII, Final Fantasy XIV, NieR Automata, dan banyak lagi permainan sebagai karya seni utama.
Protagonis adalah seorang gadis yang bangun di tempat aneh bernama “Cage” yang dikelilingi oleh bangunan-bangunan megah. Bepandukan oleh makhluk aneh seperti hantu bernama “Mama” dia menjelajahi lorong-lorong batu besar untuk mendapatkan kembali apa yang telah hilang dan menebus dosa-dosanya.
Kita juga dapat melihat “Monster Hitam,” makhluk aneh yang memakai baju besi yang mengembara di Cage. Nampaknya mempunyai tujuan yang tidak diketahui. NieR Re[in]carnation akan hadir untuk iOS dan Android tetapi masih belum mendapat tarikh pelancaran rasmi. Anda juga dapat melihat pengumuman permainan, treler permainan pertama dan lebih banyak screenshot yang akan dikongsikan dari masa ke semasa.
Bukan itu sahaja, kami juga mengetahui bahawa beta tertutup akan dihoskan mulai 29 Julai dan berakhir pada 4 Ogos. 20,000 pemain akan dipilih (10,000 setiap platform). Pendaftaran telah pun dibuka tetapi sayangnya beta ini hanya terbuka kepada penduduk Jepun dan juga mempunyai akaun Sukueni Members yang boleh didaftar secara percuma.
Jadi nantikan sebarang informasi yang akan didedahkan bagi permainan mobile akan datang ke iOS dan Android ini dalam masa yang terdekat oleh Square Enix. Jangan lupa ikuti laman web rasmi NieR Re[in]carnation dan Twitter mereka untuk pelbagai kemaskini.

@gamersantaimy
Discussion about this post