Hujung minggu yang lalu, siri anime NieR: Automata ver1.1a telah pun menamatkan siarannya untuk cour pertama. Setelah tayangannya tamat, kita telah didedahkan dengan maklumat baharu untuk siri tersebut. Nampaknya NieR: Automata ver1.1a cour 2 sedang dibangunkan dan akan menyambung berdasarkan Route C dalam game. Anda boleh lihat video pengumuman tersebut di bawah.
Kalau anda ingin tahu, siri anime NieR: Automata Ver1.1a mula ditayangkan pada Januari 2023, tetapi sepanjang tayangannya ia terpaksa ditunda kerana masalah Covid yang melanda Jepun. Buat masa ini, tiada tarikh tayangan yang diumumkan untuk cour kedua untuk siri tersebut. Kita tunggu sahaja pengumuman lanjut daripada laman rasmi siri.

Berikut adalah sinopsis untuk NieR: Automata:
“NieR: Automata berlangsung pada masa depan yang jauh, di mana manusia dihalau dari Bumi oleh warga mesin yang dibina oleh makhluk asing. Harapan terakhir umat manusia adalah “YorHA,” sekumpulan pahlawan android yang dihantar ke Bumi untuk membunuh semua mesin dan menuntut hak semula bagi planet ini. Game pertama memfokuskan pada tiga watak iaitu, 2B, 9S dan A2, di mana mereka mempersoalkan moral di sebalik misi dan kewujudan mereka.”

Game pertama Automata diterbitkan oleh Square Enix dan dihasilkan oleh Platinum Games, serta diarahkan oleh Yoko Taro, yang sebelum ini menerajui siri Drakengard dan Nier. Walaupun game Nier pertama tidak berjaya dari segi jualan, ia memperoleh sambutan yang besar oleh para peminat setia lalu mendorong Square Enix untuk melancarkan sekuel pada 2017.
Anda boleh tonton siri ini melalui platform rasmi seperti berikut:
Untuk mendapatkan segala liputan mengenai NieR daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post