Nampaknya masih ramai yang tidak boleh lepaskan peluang untuk mengkritik siri anime popular, Demon Slayer. Episod 6 sudah lama ditayangkan di pelbagai platform tetapi ramai penonton yang tidak puas hati dengan demon form Nezuko yang ditayangkan dalam episod tersebut. Pelbagai komen yang telah dilontarkan mengenai episod baru Demon Slayer berikutan rupa Nezuko yang dikatakan terlampau seksual untuk watak berumur 14 tahun. Mari kami ceritakan lebih lanjut.
Ramai peminat tahu yang Nezuko boleh mengawal tubuhnya seperti yang telah diterangkan semasa musim pertama Demon Slayer. Dalam episod terbaru ini, semasa Nezuko datang untuk menyelamatkan Tanjiro daripada Daki, dia telah melepaskan kuasa demonnya dan untuk berlawan Daki selepas itu. Di sinilah sebilangan peminat mula mengkritik episod ini.

Antara komen yang dilontarkan adalah seperti berikut:
“Saya tidak kisah dengan design Nezuko, tetapi tidak perlu untuk berikannya rupa seksual, dia masih lagi dibawah umur. Serius, apa yang mereka fikirkan semasa menghasilkannya dan fikir ianya bagus? “
“Saya tidak pernah fikir pula akan ada orang yang seksualkan Nezuko. Maksud saya Nezuko adalah salah satu watak yang comel dan mereka tidak layak berbuat begitu padanya. “
“Saya faham Nezuko boleh mengubah badannya dalam banyak cara, tetapi rupa seksual untuk orang yang masih muda hanyalah “fan-service” dan saya memang tak faham Jepun (bukan Demon Slayer sahaja)”
Komen daripada Twitter

Perkara seperti ini memang mendapat banyak perhatian dalam kalangan peminat. Sudah tentu yang sudah membaca manga Demon Slayer tidak mempunyai reaksi sebegitu. Memang boleh dipersetujui kebanyakan anime kini banyak membuat fan-service sebegitu contoh seperti Mieruko-chan. Ia tidak begitu penting tetapi untuk sebab yang tidak diketahui, penonton mendapat fan-service yang tidak diminta. Dengan anime yang semakin lama meluas ke seluruh dunia, terima kasih pada platform penstriman, ramai penonton yang muda mudah terdedah dengan kandungan ini. Siri Demon Slayer juga sangat popular dalam kalangan kanak-kanak, jadi tidak pelik apabila ada yang risau mengenai isu ini.

Tetapi diingatkan bahawa kebanyakkan kritikan itu datang daripada peminat di luar negara dan bukanlah Jepun. Melalui sebuah blog Jepun, nampaknya mereka tidak begitu kisah mengenai kritikan mengenai kandungan seksual dalam anime. Mungkin kerana bagi mereka ianya sesuatu yang normal.
Apa pula pendapat anda mengenai isu ini? Adakah rupa demon Nezuko kelihatan terlampau seksual dalam anime? Boleh kongsikan pendapat anda dengan kami! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime, sila klik pautan ini.
Sumber: AnimeSenpai
@gamersantaimy
Discussion about this post