Pada satu post Twitter awal hari semalam, journalist Ainsley Bowden mendedahkan bahawa next-generation Xbox konsol lebih “advanced” berbanding sistem Sony. Bowden kemudian menerangkan maklumat ini datang daripada sumber yang terkenal di Microsoft dan Xbox yang memberi maklumat dengan sangat tepat dan boleh dipercayai. Bowden juga memberitahu pengikutnya bahawa Xbox mempunyai spesifikasi yang lebih bagus daripada PS5 kerana Microsoft memberi beberapa hint sebelum ini tentang pelan mereka untuk mempunyai next-gen konsol paling hebat.
The PS5 hardware details (so far) were exactly what we were hoping for; even beyond what many were expecting.
Multiple insiders have now confirmed it’s true Xbox “Anaconda” will be more advanced as rumored.
All this means is next year is going to be AMAZING for fans of both. pic.twitter.com/ro9QeO8DtV
— Ains (@Porshapwr) April 17, 2019
Walaupun tarikh keluaran untuk PS5 dan next-gen Xbox masih belum disahkan, Bowden berkata “tahun depan akan menjadi tahun yang sungguh menakjubkan” untuk peminat kedua-dua jenama ini. Ini bukan kali pertama seorang wartawan berkata bahawa PS5 dan next-gen Xbox bakal dilancarkan pada 2020. Pakar analisis NPD Mat Piscatella menjangka Sony dan Microsoft akan mendedahkan sistem baru mereka tahun ini dan mengeluarkan PS5 dan Xbox baru pada tahun 2020.
Tidak pasti daripada perspektif apa konsol next-gen Xbox ini lebih hebat daripada PS5, sedangkan laporan kata bahawa konsol PS5 mampu menyokong 8K graphics di dalam game, load game dengan kadar yang lebih pantas, dan menyokong ray-tracing serta 3D audio. Walaupun populasi umum masih belum ada peluang untuk melihat features ini, berita ini kelihatan mengagumkan dan high-end. Kalau ikutkan berita ni, Microsoft harus buat sesuatu yang lebih istimewa supaya Xbox boleh kalahkan PS5.
Not my sources. Rather, known sources for MS/Xbox info that are very reliable and have been accurate for years on leaks.
Keep in mind, it shouldn’t be surprising. It was already announced last year by MS directly that they would have the most powerful hardware again next-gen.
— Ains (@Porshapwr) April 18, 2019
Walaupun spesifikasi untuk next-gen XBox masih tidak diketahui, kuasa konsol mungkin akan menjadi faktor yang membezakan Xbox dengan PS5. Pakar analisis menjangka bahawa kedua-dua PS5 dan next-gen Xbox mempunyai backward compatibility dan boleh menyokong game streaming.
Mempunyai feature yang lebih kurang sama membuat pemain sukar untuk memilih antara kedua platform ini. Walaubagaimanapun, spesifikasi hardware lah yang akan menentukan kehebatan. Moga-moga, Microsoft akan memberi lebih banyak butiran tentang Xbox pada masa akan datang.
Sumber – Comicbook.com
@gamersantaimy
Discussion about this post