Perfect World Games dan Hotta Studio telah mengumumkan bahawa pendaftaran untuk ujian beta tertutup “Containment Test” bagi tajuk free-to-play open-world action RPG berkonsepkan urban fantasy, Neverness to Everness (NTE), kini telah dibuka.
Ujian ini eksklusif untuk pemain di platform PC (Windows) dan memberi peluang awal untuk meneroka kota misteri Hethereau.
Pendaftaran beta tertutup dibuka bermula 15 Mei, jam 10:00 pagi (UTC+8), dan akan ditutup pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak melalui saluran rasmi Neverness to Everness. Mereka yang berminat boleh mengisi borang soal selidik yang disediakan [DI SINI] untuk berpeluang mendapat akses.
Beta ini bersifat terhad, tidak mengandungi sebarang pembelian dalam game, dan semua data akan dipadam sebaik sahaja tempoh ujian tamat.

Dalam Neverness to Everness, pemain akan mengembara ke bandar unik Hethereau — sebuah kota meriah yang menggabungkan unsur realiti dan aneh. Sebagai seorang “Appraiser” yang bekerja di kedai antik bernama “Eibon,” pemain akan menempuhi pelbagai insiden ghaib dalam penceritaan episodik yang penuh dengan aksi dan humor.
Menggunakan Unreal Engine 5, game ini menawarkan pengalaman open world yang penuh gaya — memadukan eksplorasi, aksi pertempuran, dan kehidupan bandar moden.

Antara ciri utama termasuk pandangan third-person dan barisan watak dengan abiliti unik bergelar “Esper.” Pemain boleh berlari, melompat, memanjat (termasuk bangunan), berenang, serta memandu pelbagai jenis kenderaan yang boleh diubah suai.
Pergerakan dikawal melalui sistem stamina yang realistik. Kota Hethereau pula hidup dengan tindak balas dinamik — NPC bertindak balas secara autentik, dan pemain boleh menyertai pelbagai aktiviti seperti mengurus perniagaan atau menghias kediaman.
Beta ini akan menampilkan pelbagai elemen gameplay berkaitan kehidupan bandar, termasuk pemanduan dan penerokaan bebas.

Digelar sebagai “anime GTA” oleh komuniti, Neverness to Everness berjaya menarik perhatian ramai kerana pendekatan open-world yang menarik, sistem kenderaan, serta ciri-ciri perumahan. Di media sosial, ia dipuji kerana naratifnya yang memikat dan dilihat berpotensi mencabar game seperti Genshin Impact.
Walaupun disahkan sebagai judul free-to-play, tiada pengesahan rasmi setakat ini mengenai sama ada akan ada sistem gacha untuk mendapatkan watak.

Neverness to Everness akan dilancarkan di PlayStation 5, PC, iOS, dan Android, namun tarikhnya masih belum diumumkan. Untuk maklumat lanjut atau pra-pendaftaran, layari laman web rasmi.
@gamersantaimy
Discussion about this post