Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 7, 2025
in Android, Anime, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Roguelike
0 0
0
Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile
Share on FacebookShare on Twitter

Netmarble secara rasmi mengumumkan Solo Leveling: KARMA, sebuah game RPG aksi bergaya roguelite yang diinspirasikan daripada webnovel dan manhwa terkenal, Solo Leveling karya Chugong.

Game ini akan dilancarkan untuk platform PC, iOS dan Android, namun tarikh pelancarannya masih belum diputuskan.

AMARAN SPOILER! (Notis: Game ini mengandungi spoiler berkaitan peristiwa penghujung siri webtoon dan novel yang masih belum diadaptasi dalam versi anime.)

Solo Leveling: KARMA meneroka tempoh misteri selama 27 tahun yang tidak pernah disentuh dalam garis masa asal Solo Leveling, iaitu selepas berakhirnya Monarch War yang dramatik.

Dalam karya asal, Sung Jinwoo telah mengasingkan dirinya dalam sebuah dimensi untuk bertarung tanpa henti menentang para Monarch, musuh utama siri ini, sebelum akhirnya muncul semula di dunia manusia selepas 27 tahun.

Teaser untuk game ini bertulis: “Sung Jinwoo kembali ke medan perang yang tiada kesudahan! Kami menjemput anda untuk menemui kisah yang tidak pernah diceritakan tentang jurang 27 tahun. Satu kisah yang tidak pernah didedahkan dalam karya asal.”

Trailer pengumuman mempamerkan gaya combat isometrik yang mengingatkan kita kepada game seperti Hades dan Diablo. Peminat boleh menjangkakan aksi laju dan bergaya dengan Sung Jinwoo sebagai watak utama, menentang gelombang musuh dalam dunia gelap dan penuh atmosfera.

Bukan itu sahaja, visual serta model watak yang terperinci menyerlahkan lagi kesetiaan game ini kepada gaya visual ikonik webtoon dan anime Solo Leveling.

Walaupun maklumat lanjut tentang mekanik gameplay dan tarikh pelancaran masih dirahsiakan, projek ini sudah pun mencetuskan perbincangan dalam kalangan peminat, terutamanya kerana ia menjawab persoalan besar yang sekian lama menimbulkan tanda tanya: apa sebenarnya yang berlaku dalam tempoh 27 tahun itu?

Untuk info lebih lanjut, anda boleh lawati laman rasmi Solo Leveling: KARMA.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Solo Leveling: KARMA
ShareTweetSend
Previous Post

Kombo Pizza Hut Pokémon – Piza Bertema Bersama Bonus Menarik Dengan Setiap Pembelian!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Kombo Pizza Hut Pokémon – Piza Bertema Bersama Bonus Menarik Dengan Setiap Pembelian!
Jom Singgah!

Kombo Pizza Hut Pokémon – Piza Bertema Bersama Bonus Menarik Dengan Setiap Pembelian!

July 7, 2025
Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!
Anime

Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!

July 7, 2025
Zenless Zone Zero Update 2.1 Dilancarkan 16 Julai, Memperkenalkan Faction Spook Shack!
Berita

Zenless Zone Zero Update 2.1 Dilancarkan 16 Julai, Memperkenalkan Faction Spook Shack!

July 7, 2025

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd