Netflix baru sahaja umumkan bahawa Squid Game akan kembali untuk musim ke-2 melalui posting yang menampilkan patung “red light, green light” di Twitter. Bersama dengan pengumuman tersebut, Hwang Dong-Hyuk selaku pencipta, pengarah, penulis dan penerbit telah mengeluarkan mesej kepada peminat.
Dalam mesej tersebut, Hwang Dong-Hyuk berkata yang dia mengambil masa sebanyak 12 tahun untuk mengeluarkan musim pertama tetapi hanya 12 hari untuk menjadi rancangan paling popular di Netflix. Dia juga mengatakan bahawa Gi-hun dan Front Man akan kembali manakala lelaki bersama game tradisional ddakji mungkin akan kembali dalam musim kedua.
Buat masa sekarang, tidak banyak yang mereka dedahkan termasuk tarikh tayangan di Netflix. Apa yang kami pasti adalah pelakon yang akan kembali dalam musim kedua termasuk Lee Jung-jae sebagai Gi-hun dan Lee Byung-hun sebagai Front Man. Seperti yang kita tahu dan lihat dalam musim pertama, ramai watak yang telah mati dan sudah pasti akan ditambah dengan barisan pelakon yang baharu.

Dengan adegan musim pertama yang menunjukkan protagonis ingin kembali ke dalam kejohanan tersebut, ramai yang menjangkakan bahawa dia memilih untuk menjatuhkan organisasi di sebalik Squid Game daripada meneruskan hidup bersama anak perempuannya. Dengan pencipta Squid Game telah mati, mungkin kita akan lihat orang baharu yang akan mengambil alih kejohanan ini yang lebih kejam dan tidak adil.
Bagi sesiapa yang tidak tahu mengenai Squid Game, ia merupakan rancangan drama survival yang dicipta oleh Hwang Dong-Hyuk. Siri ini mengisahkan tentang satu kejohanan yang telah dimasuki oleh 456 pemain di mana kesemuanya mempunyai masalah kewangan dan sanggup mempertaruhkan nyawa mereka untuk memenangi ₩45.6 billion (anggaran RM 156,426,039.77).

Saya ingin mengingatkan anda bahawa tiada sebarang tarikh tayangan diumumkan dan banyak lagi maklumat yang belum didedahkan. Jadi, mari kita sama-sama nantikan pengumuman seterusnya berkenaan Squid Game musim ke-2 pada masa akan datang oleh Netflix. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi dari kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post