Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 21, 2025
in Animasi, Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!
Share on FacebookShare on Twitter

Netflix kini sedang dalam perancangan untuk membawa game mobile popular, Clash of Clans dan Clash Royale, ke skrin besar menerusi sebuah siri animasi baharu berjudul Clash.

Masih di peringkat pra-produksi, siri ini dijangka menampilkan humor, aksi serta watak-watak ikonik yang telah menjadikan francais keluaran Supercell ini sebuah fenomena global, dengan lebih 4 bilion muat turun dan 180 bilion jam masa bermain sejak diperkenalkan pada tahun 2012.

Kisah dalam siri ini akan memfokuskan pada seorang Barbarian bercita-cita tinggi namun kurang pengalaman, yang terpaksa memimpin sekumpulan watak unik dan aneh dalam usaha mempertahankan kampung mereka.

Penonton boleh menjangkakan pertarungan epik, situasi lucu dan menghiburkan serta aksi peperangan yang selari dengan gaya ringan yang sinonim dengan game original. Walaupun tarikh tayangan masih belum diumumkan, projek ini dijangka akan menemui penonton dalam beberapa tahun akan datang.

Kredit: Supercell

Memimpin usaha kreatif ialah showrunner Fletcher Moules, yang sebelum ini pernah mengarah beberapa animasi pendek Clash of Clans yang mendapat sambutan hangat, termasuk Lost & Crowned yang viral dengan ratusan juta tontonan di YouTube.

Turut serta ialah ketua penulis merangkap penerbit eksekutif Ron Weiner, yang dikenali menerusi karya-karya seperti Futurama, 30 Rock, Silicon Valley dan Arrested Development. Animasi pula dikendalikan oleh ICON Creative Studio yang berpusat di Vancouver, yang pernah terlibat dalam projek Star Wars: Young Jedi Adventures dan WondLa.

Supercell dan Netflix telah mula mengacah peminat dengan perkongsian teaser serta poster promosi di media sosial. Walaupun maklumat terperinci mengenai barisan pelakon suara dan jalan cerita masih dirahsiakan, siri ini disasarkan untuk menarik minat jutaan pemain dengan gabungan elemen-elemen kegemaran peminat serta pendekatan penceritaan baharu.

Nanttikan perkembangan lanjut mengenai barisan pelakon, tarikh tayangan, dan pelbagai info menarik lain sementara Clash bersiap sedia untuk menyerang Netflix tidak lama lagi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Clash of Clansnetflix
ShareTweetSend
Previous Post

Sekuel Stellar Blade Sedang Dibangunkan, Mungkin Tiba Sebelum 2027

Next Post

Naughty Dog Sedang Bikin Satu Lagi Game Baharu, Mungkin Uncharted

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Naughty Dog Sedang Bikin Satu Lagi Game Baharu, Mungkin Uncharted
Berita

Naughty Dog Sedang Bikin Satu Lagi Game Baharu, Mungkin Uncharted

May 21, 2025
Sekuel Stellar Blade Sedang Dibangunkan, Mungkin Tiba Sebelum 2027
Berita

Sekuel Stellar Blade Sedang Dibangunkan, Mungkin Tiba Sebelum 2027

May 21, 2025
DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei
DLC

DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei

May 21, 2025
Next Post
Naughty Dog Sedang Bikin Satu Lagi Game Baharu, Mungkin Uncharted

Naughty Dog Sedang Bikin Satu Lagi Game Baharu, Mungkin Uncharted

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan
Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan

May 14, 2025
Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!
Anime

Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!

May 12, 2025
Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal
Tempatan

Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal

May 12, 2025
DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd