Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Netflix merancang untuk hasilkan permainan video dengan bantuan bekas naib presiden EA!

Mike Verdu kini menjadi Naib Presiden Pembangunan Permainan Video Netflix

Amir Haziq by Amir Haziq
July 15, 2021
in Artikel, Berita, Genre, Netflix
0 0
0
Netflix merancang untuk hasilkan permainan video dengan bantuan bekas naib presiden EA!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada bulan Mei yang lalu, Netflix telah memberi isyarat bahawa mereka ingin menambahkan permainan video ke perkhidmatan langganannya. Kini, ianya bakal menjadi kenyataan kerana mereka telah mengambil Mike Verdu yang pernah berkhidmat di EA, Facebook dan Oculus sebagai ketua pembangun video game di Netflix. Ini menunjukkan syarikat tersebut sangat serius untuk berkembang ke arah gaming, seperti yang diimpikan CEO Netflix, iaitu Reed Hastings.

Mike Verdu akan menjadi naib presiden untuk pembangunan permainan, di bawah pimpinan ketua pegawai operasi, iaitu Greg Peters. Verdu mempunyai sejarah sebagai naib presiden di Facebook, dimana beliau bertanggungjawab untuk kandungan Augmented dan Virtual Reality, serta pernah menjadi naib presiden kanan untuk EA mobile. Antara jawatan lain Verdu adalah menjadi Presiden Studio dan Ketua Pegawai Kreatif di Kabam, Ketua Pegawai Eksekutif TapZen dan Ketua Presiden di Zynga.

Selain itu, Verdu bakal membantu Netflix mencapai cita-cita mereka untuk menawarkan pelbagai perkhidmatan selain penstriman rancangan televisyen dan filem kepada lebih 200 juta pelanggannya. Langkah ini dibuat supaya mereka dapat menawarkan permainan video ke platform streaming Netflix pada tahun akan datang, dan mungkin tidak akan ada bayaran tambahan untuk kandungan tersebut.

Netflix pernah menghasilkan beberapa tajuk game yang seakan sama dengan Stranger Things, The 3% Challenge, serta Black Mirror: Bandersnatch dengan gameplay seperti rancangan TV interaktif. Walaupun ini baru permulaan, tetapi Verdu merupakan ketua pembangun game yang serious dan mempunyai sejarah dalam membina portfolio permainan video untuk syarikat besar.

Perpindahan Netflix ke dalam industri permainan telah ditunggu-tunggu, kerana kebanyakan syarikat teknologi besar telah mengakui kehebatan permainan video yang mampu menghasilkan $175 billion (anggaran RM734.39 billion) setahun, menurut penyelidik dari Newzoo. Malah, sejak penyebaran wabak pandemik ini, industri permainan video membangun lebih cepat berbanding bentuk hiburan dan media lain.

Dengan langkah yang diambil dari Netflix ini, nampaknya mereka bakal menerima sejumlah pelanggan baru menggunakan aplikasi mereka. Nyatakan pendapat anda mengenai rancangan yang dibuat oleh Netflix ini diruang komen kami. Untuk membaca segala liputan kami berkaitan, anda boleh tekan sahaja pada pautan tersedia.

Sumber: VentureBeat

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Mike VerdunetflixPermainan video
Previous Post

Bermula hari ini hingga 21 Julai, Pra-Pesan HUAWEI MateView dan MateView GT dan dapatkan rebat RM100!

Next Post

RAZER BLADE 17 dengan kuasa pemproses terkuat di laptop Razer telah dilancarkan!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!
Panduan

Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!

June 30, 2025
Next Post
RAZER BLADE 17 dengan kuasa pemproses terkuat di laptop Razer telah dilancarkan!

RAZER BLADE 17 dengan kuasa pemproses terkuat di laptop Razer telah dilancarkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd