Kalau bercerita tentang platform penstriman, mesti ramai yang terfikirkan Netflix. Platform itu memang mempunyai katalog yang besar untuk memenuhi cita rasa pelbagai penonton. Mereka juga terkenal dengan menghasilkan adaptasi daripada francais terkenal antaranya yang terbaru Resident Evil dan The Witcher. Baru-baru ini dikhabarkan bahawa Netflix ingin menghasilkan siri Star Wars dan Harry Potter mereka tersendiri.

Melalui Reuters, naib presiden Netflix, Matthew Thunell ada berkata bahawa platform tersebut ingin menghasilkan francais yang melibatkan pelbagai media seperti filem, siri dan game. Dia juga ada menyatakan bahawa Netflix ingin menghasilkan versi Star Wars dan Harry Potter mereka yang tersendiri. Tetapi sudah tentu ianya mangambil masa yang lama untuk direalisasikan.

Netflix juga sedang menghasilkan pelbagai projek besar antaranya siri live action One Piece. Adaptasi daripada siri anime dan manga popular itu masih lagi menjalankan penggambaran. Pelbagai reaksi telah diberikan peminat mengenai adaptasi tersebut tetapi sudah tentu ada yang ternanti-nantikan hasil akhir siri tersebut. Tetapi melihat daripada sejarah adaptasi Netflix, ramai juga yang meletakkan harapan yang rendah terhadapnya.

Siri Resident Evil yang baru dikeluarkan 14 Julai lalu juga mendapat banyak reaksi negatif daripada penonton, lebih-lebih lagi peminat francais tersebut. Rasanya kalau Netflix tidak menggunakan nama francais tersebut, mungkin reaksinya lebih positif. Kalau betul Netflix ingin menghasilkan siri Star Wars dan Harry Potter tersendiri, lebih elok jika mereka mulakan francais baru daripada meminjam nama francais hebat tersebut. Peminat mereka juga boleh tahan besarnya.
Apa pula pendapat anda tentang rancangan Netflix ini? Boleh kongsikan di ruangan komen. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Netflix daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post