Pelanggan Netflix semakin lama semakin berkurangan malah mengalami kerugian yang banyak pada tahun ini. Kini syarikat tersebut cuba untuk menangani masalah ini dengan menghentikan “password sharing” pada tahun hadapan. Jom kami ceritakan lebih lanjut mengenainya.

Menurut sumber, Netflix mengongsikan bahawa perkongsian kata laluan akaun antara sebab jumlah pelanggannya berkurangan. Ianya merisaukan dan Netflix tidak mahu untuk melakukan sesuatu yang drastik seperti meningkatkan harga langganan kepada pengguna lama yang masih setia.

Menurut syarikat itu, hampir 100 juta pengguna Netflix telah menggunakan servis platform tersebut dengan menggunakan kata laluan yang dipinjam daripada keluarga dan rakan. Sudah lama mereka merancang untuk menghentikan aktiviti tersebut dan telah membuat keputusan untuk bermula di AS pada awal tahun 2023.

Netflix telah mengemas kini halaman bantuan pelanggannya tahun ini untuk mengatakan bahawa akaun hanya untuk dikongsi oleh orang yang tinggal bersama. Syarikat itu berkata ia akan menguatkuasakan peraturannya berdasarkan alamat IP, ID peranti dan aktiviti akaun.
Syarikat itu juga telah berbincang mengenai perkongsian kata laluan secara beransur-ansur. Beberapa eksekutif produk memberi amaran supaya mereka tidak membuat perkhidmatan yang terlalu rumit dan tidak mesra pengguna.

November lalu, Netflix telah memperkenalkan pakej langganan baru yang lebih murah tetapi ia hadir dengan iklan. Pakej tersebut diperkenalkan untuk membawa pelanggan baru dan lama yang inginkan servis penstriman yang mempunyai harga yang berpatutan. Di Malaysia, pakej seperti ini masih lagi belum tersedia. Mungkin ia akan dibawa ke Malaysia pada tahun hadapan.
@gamersantaimy
Discussion about this post