Hari ini, NetEase Games telah mengumumkan game ‘free-to-play simulasi kehidupan’ berkonsepkan pulau terapung bertajuk ‘Floatopia‘ untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, Nintendo Switch, PC, iOS dan Android. Game ini akan dilancarkan pada 2025 dan kini dibuka untuk prapendaftaran melalui laman web rasmi.
Dalam alam fantasti ini, ‘superpower’ yang paling dicari menjadi rebutan, lantas meninggalkan superpower yang “tidak berguna”. Anda bermain sebagai watak yang, menurut takdir, bekerjasama dengan orang lain yang memiliki superpower yang diabaikan ini, dan memulakan pengembaraan yang aneh dan menggembirakan di atas pulau terapung.
Secara beransur-ansur, kebenaran dunia didedahkan, dan “kegunaan” bukan satu-satunya ukuran nilai. Setiap superpower yang kelihatan “tidak berguna” mempunyai nilai unik dan potensi tersembunyinya sendiri.

Di Floatopia, NetEase memberi anda kebebasan untuk membentuk dan menggayakan pulau seperti yang anda mahukan. Dengan pelbagai jenis alatan yang boleh diubahsuai dan komponen kreatif yang sentiasa berkembang, pemain boleh mengubah rupa bumi pulau, memilih tema dan memperibadikan segala-galanya daripada pangkalan pulau hingga ke butiran paling kecil.

Bukan sahaja pulau —almari pakaian juga akan menawarkan pelbagai pilihan yang bergaya. Gameplay pula terdiri daripada mekanik simulasi kehidupan termasuk bertani, memancing, pembalakan dan macam-macam lagi, seolah-olah seperti anda menjalani kehidupan sendiri.

Pemain juga boleh belayar ke pulau terapung di alam lain yang diilhamkan oleh pelbagai budaya. Temui bandar di puncak gunung, bandar purba, padang pasir, bandar salji, kerajaan dongeng, syurga makanan, dan banyak lagi. Dengan kemas kini kerap dan kandungan baharu, pengembaraan anda akan sentiasa berkembang. Selagi ingin meneroka, perjalanan tidak akan pernah berakhir.
@gamersantaimy
Discussion about this post