Battle royale sememangnya mendominasi industri gaming sekarang. Jika diperhatikan, masih belum banyak game genre ini yang bertemakan sci-fi dan futuristik. NetEase mengambil peluang ini untuk melancarkan Cyber Hunter; untuk platform iOS dan Android.
Cyber Hunter menampilkan kelengkapan futuristik, pergerakan parkour dan laser beam. Syarikat gergasi dari China ini telahpun melancarkan game free-to-play ini ke seluruh dunia. Buat masa ini NetEase telah pun memperkuatkan kehadiran mereka dengan game seperti Rules of Survival; salah satu daripada 5 game battle royale yang terkenal di platform mudah alih. Dengan Cyber Hunter, mereka mengharapkan ia dapat mencipta satu niche dalam pasaran yang sememangnya sangat sengit. 5 game battle royale di platform mudah alih ini memiliki keseluruhan jumlah muat turun sebanyak 908 juta (maklumat daripada Sensor Tower). Pecahannya adalah seperti berikut:
- PUBG Mobile: 373 juta
- Garena Free Fire: 289 juta
- Fortnite: 93 juta
- Rules of Survival: 86 juta
- Knives Out: 67 juta
Seperti yang anda jangka, Cyber Hunter akan memiliki in-game transaction.
Seperti battle royale lain, anda akan bertempur bersama 99 orang pemain lain dalam medan tempur seluas 6×6 kilometer dan perlu mencari kelengkapan. Kelainan Cyber Hunter adalah anda boleh mendapatkan ability ketika level up seperti mengesan isyarat musuh, menjadi halimunan ataupun membina barricade. Selain itu anda boleh menghancurkan bangunan dan drone pengintip.
Senjata pula boleh di tambah baik menerusi upgrades. Shotgun mampu memulihkan teammate, grenade launcher boleh bertukar menjadi bunker buster. Kesemua ubah suai ini boleh dibuat mengikut cara anda memainkan game ini.
Kenderaan dalam game ini juga menarik. Contohnya Cerberus boleh bertukar menjadi battle mecha, Windrider bertukar menjadi kapal terbang dan Dawnbreaker memilki destroyer wheel. Semua elemen ini digabungkan menjadikan satu pengalaman baru yang dijangkakan akan mendapat sambutan hangat dari gamers. Ada kenderaan yang boleh memuatkan 5 penumpang, menunjukkan NetEase menyokong permainan berpasukan.
Untuk lagu latarnya pula, ia mengandungi hasil kerja daripada komposer Drakengard 3, Nier: Automata dan Fate/Extella iaitu Keichi Okabe.
https://youtu.be/le1dQ4zde1E
Sumber: venturebeat
@gamersantaimy
Discussion about this post