Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[NetEase Connect 2021] Berlumba dengan lebih realistik di mobile dalam Racing Master

Amir Haziq by Amir Haziq
May 20, 2021
in Android, Artikel, Berita, Genre, iOS, Mobile
0 0
0
[NetEase Connect 2021] Berlumba dengan lebih realistik di mobile dalam Racing Master
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa acara NetEase Connect 2021, NetEase telah mengumumkan sebuah game simulasi perlumbaan baru, iaitu Racing Master. Game ini akan dilancarkan di platform mobile untuk iOS dan Android serta memberikan pengalaman lumba kereta yang sangat realistik di mobile anda.

Racing Master dibangunkan menggunakan enjin Unreal 4 dan teknologi EGO Codemaster serta ianya merupakan game simulasi real-time. Peminat kereta lumba juga dapat mencuba memandu kereta sebenar seperti Ferrari, Lamborghini, Porsche dan Aston Martin dalam trek perlumbaan. Anda juga boleh mengubah suai kenderaan dengan bahagian sebenar dari pengilang dan menentukan kawalan kasual sehingga kawalan maksimum yang akan disediakan dalam Racing Master.

Pengalaman asli perlumbaan dengan grafik yang berkualiti

Pemain dapat merasakan sensasi brek semasa membuat selekoh, dan memberikan pengalaman memandu secara virtual dengan fizik enjin lebih realistik. Dengan teknologi enjin Unreal 4, Racing master memberikan kualiti grafik yang sangat terperinci kepada setiap kenderaan di dalam game. Pemain pasti akan tertarik dengan kecantikan kereta seperti Ferrari dan Aston Martin berskala 1:1.

Berlumba di trek sebenar dengan kereta super

Pemain boleh berlumba menggunakan lebih 60 jenis kereta super yang diiktiraf seperti Bugatti, Lamborghini, Maserati dan Porsche. Bagi nampak lebih realistik semasa berlumba, NetEase memberikan pemain pengalaman berlumba di trek sebenar seperti Silver Stone, San Francisco dan Yas Dusk hanya melalui mobile.

Perlumbaan real time dengan pemain sebenar

Bersedia untuk membuat drift, memecut, dan memotong pemain lain di trek! Racing Master memberikan anda berlumba dengan 7 pemain sebenar lain bagi merebut posisi dalam carta. Pemain dapat mendominasi setiap trek dan menjadi legenda dunia dalam game ini.

Ubah suai kenderaan secara percuma dengan komponen sebenar

Menarik tentang game ini adalah, anda boleh mengubah suai kenderaan anda secara percuma dengan pelbagai pilihan komponen kereta yang ada di dunia sebenar. Pemain boleh mengubah suai kenderaan supaya menjadi lebih laju serta nampak unik berbanding kereta pelumba lain di trek. Gunakan kreativiti anda untuk mengecat, mengubah suai kereta mengikut citarasa pemanduan anda.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: MobileneteaseNetEase Connect 2021Racing Master
Previous Post

Xiaomi melancarkan telefon pintar mampu milik lagi! Memperkenalkan siri Redmi Note 10 5G | 10s baru!

Next Post

Pra-daftar OMG! Gods of Three Kingdoms di mobile anda sekarang! Pelbagai hadiah menarik menanti!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Pra-daftar OMG! Gods of Three Kingdoms di mobile anda sekarang! Pelbagai hadiah menarik menanti!

Pra-daftar OMG! Gods of Three Kingdoms di mobile anda sekarang! Pelbagai hadiah menarik menanti!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd