Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

NEO: The World Ends With You akan dilancarkan di PC pada 28 SEP!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 22, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, Epic Store, PC
0 0
0
NEO: The World Ends With You akan dilancarkan di PC pada 28 SEP!
Share on FacebookShare on Twitter

Asalnya dilancarkan di PlayStation 4 dan Nintendo Switch pada 27 Julai, Square Enix akhirnya mengumumkan hari ini bahawa NEO: The World Ends with You (Shin Subarashii Kono Sekai), game sekuel action-RPG kepada The World Ends with You, akan dilancarkan di PC melalui Epic Games Store pada 28 September dengan nilai harga RM249!

NEO: The World Ends with You menampilkan watak baru yang terpaksa menyertai “Reaper’s Game” di Shibuya, dan tidak seperti game pertama, NEO: TWEWY kini dimainkan dalam bentuk tiga dimensi. Berikut adalah treler rasmi bagi versi PC:

Jalan cerita NEO: The World Ends with You berlangsung di Shibuya, Tokyo. Sebagai sekuel, beberapa elemen telah diubah seperti penggunaan telefon pintar dan menampilkan 104 bangunan yang direplikasikan dari bandar sebenar Shibuya. Dalam NEO: TWEWY, kita akan bermain sebagai seorang pelajar sekolah menengah bernama Rindo yang terpaksa menyertai Reaper’s Game, di mana dia akan membentuk sebuah pasukan bernama Wicked Twisters bersama pemain-pemain lain demi bertarung dengan pelbagai musuh selama seminggu, termasuk Noise, Reaper, dan pemain lain.

NEO: The World Ends with You membolehkan kita mengawal beberapa watak sekaligus semasa bertarung dan menyerang pihak lawan dengan abiliti psikik menggunakan “pin“. Pin ini terdiri daripada lebih 300 jenis, dan dapat menghasilkan serangan kombinasi baru jika digabungkan dengan pin berbeza.

RelatedPosts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

Bagi mereka yang tidak tahu, game pertama juga mempunyai adaptasi anime bernama The World Ends with You the Animation (Subarashiki Kono Sekai The Animation) yang ditayangkan pada 9 April lalu. Jika anda risau tentang jalan cerita tetapi tidak memiliki game pertama, saya sarankan anda menonton versi anime sebelum mencuba sekuel NEO: The World Ends With You versi PC.

Untuk segala liputan kami tentang NEO: TWEWY, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: epic games storeNEO: The World Ends with YouPCsquare enix
Previous Post

Item pra-pesanan dan 25th Anniversary Edition Gran Turismo 7 didedahkan!

Next Post

Jam tangan berkelas tinggi! UBISOFT dan HAMILTON mendedahkan lebih banyak maklumat mengenai perkongsian mereka di FAR CRY 6

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Jam tangan berkelas tinggi! UBISOFT dan HAMILTON mendedahkan lebih banyak maklumat mengenai perkongsian mereka di FAR CRY 6

Jam tangan berkelas tinggi! UBISOFT dan HAMILTON mendedahkan lebih banyak maklumat mengenai perkongsian mereka di FAR CRY 6

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd