Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Need for Speed: Most Wanted Remake Diacah oleh Pelakon Suara Game Original!

Maira by Maira
July 13, 2023
in Artikel, Berita, Game, Remake
0 0
0
Need for Speed: Most Wanted Remake Diacah oleh Pelakon Suara Game Original!

Kredit: EA

Share on FacebookShare on Twitter

Siapa sahaja tidak mengenali francais Need For Speed, game lumba kereta yang dibangunkan oleh EA Studio. Tetapi jarang kita mendengar berita hangat tentang francais itu sejak pelepasan game baharu mereka, Need For Speed Unbound. Baru-baru ini, ada pula berita yang mengatakan bahawa game Need For Speed: Most Wanted bakal mendapat remake! Jom kami ceritakan secara ringkas kepada anda.

Kredit: EA

Melalui VGC, dilaporkan bahawa pelakon suara daripada game Need For Speed: Most Wanted, Simone Bailly telah mengeluarkan siaran media sosial yang menyatakan bahawa versi remake game tersebut akan dilancarkan pada 2024.

“Need for Speed: Most Wanted Remake Remake akan dilancarkan pada 2024, LIKE & komen jika anda ingin melihat Cross (Dean McKenzie) & temannya (Simone Bailly) memburu yang paling dikehendaki.”

Kredit: VGC

Dalam siaran itu juga, Bailly ada tag pembangun game tersebut, bermakna EA studio ada terlibat dengan projek tersebut. Malangnya siaran tersebut telah pun dipadam.

Tentang Need for Speed: Most Wanted

Dibangunkan oleh EA Canada pada 2005, game ini merupakan entri kesembilan francais dan dilepaskan ke pelbagai platform seperti PlayStation 2, Xbox, GameCube, Nintendo DS, Game Boy Advance, Xbox 360 dan PC. Ia juga entri yang popular dalam francais dengan pelbagai penambahbaikan serta tambahan menarik. Pada 2012, game ini telah mendapat reboot oleh Criterion Games.

Kredit: EA

Kalau betul NFS: Most Wanted mendapat remake, adakah anda akan mainkannya nanti? Boleh kongsikan pendapat anda di ruang komen! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Criterion GamesNeed for Speed: Most Wanted
ShareTweetSend
Previous Post

Jurassic Park Classic Games Collection diumumkan, Pra-tempah bakal dibuka pada 1 September!

Next Post

24 pencalonan diterima untuk siri TV The Last of Us dalam Emmy Awards!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
24 pencalonan diterima untuk siri TV The Last of Us dalam Emmy Awards!

24 pencalonan diterima untuk siri TV The Last of Us dalam Emmy Awards!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd