Dibangunkan oleh Timi Studio di bawah Tencent dengan kerjasama EA, game mobile open-world racing Need for Speed Mobile kini dilancarkan di negara China untuk peranti iOS dan Android. Berita baiknya; pelancaran global dijangka akan berlaku pada hujung tahun ini.
Berikut adalah pernyataan rasmi untuk pelancaran awal Need for Speed Mobile:
Welcome to a new member of the Need for Speed family! We are delighted to announce that the Need for Speed Mobile is officially launching today in China. Stay tuned to @NeedforSpeed for news and updates as we gear up for more 🏁#NeedForSpeed #NeedForSpeedMobile #NFSmobile… pic.twitter.com/JMTmWrkdkt
— Electronic Arts (@EA) July 11, 2024
Need for Speed: Mobile, juga dikenali sebagai “Need for Speed: Assemble ” di China, merupakan game free-to-play open-world racing yang dibuat menggunakan Unreal Engine 4.
Berlangsung di Heat Bay, bandar futuristik dengan rekaan ala cyberpunk rekaan – dunia game dibuat berdasarkan Palm City yang tampil dalam Need for Speed: Heat. Menurut info, Need for Speed Mobile menampilkan lebih 150 kereta mewah daripada 30 jenama kereta pada hari pelancaran di mana banyak lagi akan ditambah pada masa hadapan.

Bukan itu sahaja, penampilan watak kita juga boleh diubah suai di mana baru-baru ini game ini menampilkan kolaborasi bersama jenama fesyen terkenal Balenciaga.
Daripada segi gameplay, pemain boleh “freeroam” melalui daerah-daerah di dalam Heat Bay, untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti. Antara yang disahkan termasuk perlumbaan player vs. player secara real-time, misi penghantaran pakej dan cabaran melarikan diri daripada polis. Untuk elemen multiplayer dan open-world tambahan, pemain juga boleh keluar dari kenderaan di lokasi tertentu dan berinteraksi dengan pemain lain semasa berjalan kaki.

Jika anda peminat kepada francais atau dahulu kerap bermain Need For Speed Most Wanted dan Need For Speed Underground, maka anda pasti akan suka Need For Speed Mobile.
Seperti saya kata tadi, game ini dijangka akan keluar pada hujung tahun 2024, untuk kedua-dua Android dan iOS. Jika halaman iOS terbukti betul, game ini akan dikeluarkan pada 12 September 2024.

@gamersantaimy
Discussion about this post