Pemaju The Last of Us dan Uncharted, Naughty Dog, sedang membangunkan multiplayer game mereka yang pertama. Walaupun berita mengenai projek terbaharu itu masih belum didedahkan, tetapi notis pekerjaan kosong yang dipromosikan melalui media sosial studio tersebut yang memberikan hint tentang game terbaharu mereka itu. Posisi kerja yang ditawarkan oleh studio itu semuanya berkaitan dengan game multiplayer dan sebahagian daripadanya merupakan posisi QA dan UI untuk pembangunan game tersebut.

“Naughty Dog sedang mencari pekerja merentasi pelbagai disiplin untuk game multiplayer kendiri pertama studio ini” kata tweet tersebut disertakan sekali poster yang mengandungi pelbagai posisi yang dibuka untuk pembangunan game itu. Antara posisi yang ditawarkan dalam ialah level/environment designer, systems designer, visual effects artist, dan programmer berserta beberapa lagi jawatan kosong untuk dipohon.
Posisi animation programmer yang ditawarkan memerlukan seseorang itu mengaturcara animasi yang akan dimainkan oleh model karakter apabila menerima input dari pemain. Contohnya animasi berlari sambil menukar senjata.
Vinit Agarwal, co-director Naughty Dog, juga memetik tweet itu menyatakan team mereka sedang mencari pekerja “secara agresif“ dan menjemput sesiapa yang ingin “memberikan pengalaman sinematik antara pemain” dalam game multiplayer mereka itu.
Khabar angin yang kita dengar pada awal tahun ini ternyata benar dan ramai pemain masih inginkan mod multiplayer untuk The Last of Us II. Kita sedia tahu yang Naughty Dog memang tidak asing dengan mod multiplayer terutamanya dalam siri Uncharted dan game pertama The last of Us. Persoalannya Adakah penemuan aset-aset game yang dijumpai dalam The Last of Us II akan digunakan untuk game terbaharu ini? Adakah game multiplayer terbaru ini akan berkait dengan dunia The Last of Us? Adakah poster kerja kosong itu hanya menggunakan gambar Ellie sebagai gambar hiasan atau sebaliknya? Atau adakah game ini merupakan sesuatu yang baharu dari Naughty Dog untuk para pemain? Nampak gayanya kita masih kena tunggu update dari Naughty Dog mengenai game ini. Jadi, apa pendapat korang tentang pendedahan terbaharu ni?
Sumber: gamesradar
@gamersantaimy
Discussion about this post