Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Naruto: Ultimate Ninja Storm Akan Datang Ke Mobile!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 23, 2024
in Action, Android, Anime, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Naruto: Ultimate Ninja Storm Akan Datang Ke Mobile!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada hujung minggu lepas, Bandai Namco Entertainment mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan game aksi Naruto: Ultimate Ninja Storm untuk peranti mobile iOS melalui App Store dan Android melalui Google Play pada 24 September JST (kemunginan besar, 25 September di Malaysia)!

Bersama pengumuman ini, mereka turut memuat naik video yang anda boleh tonton di bawah:

Dibangunkan oleh CyberConnect2, game ini adalah entri pertama dalam siri Naruto: Ultimate Ninja Storm yang asalnya dikeluarkan untuk PlayStation 3 pada November 2008. Sejak itu, ia telah dibawa ke PlayStation 4, Xbox One, Switch, dan PC. Kini, pemain mobile juga boleh mengalami kisah dan pertempuran zaman kanak-kanak Naruto melalui grafik yang cantik.

Dalam game ini, anda boleh mencuba:

Ultimate Mission Mode: Alami semula kisah dan pertempuran terkenal dari zaman kanak-kanak Naruto! Anda boleh bergerak bebas di sekitar Kampung Konoha dan mengambil misi serta mini-game!

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Free Battle Mode: Dalam mode ini, anda boleh memilih daripada 25 watak unik dari zaman kanak-kanak Naruto dan 10 watak sokongan untuk menikmati pelbagai aksi ninjutsu dan pertempuran hebat!

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Perubahan Pada Aplikasi: Nikmati gameplay aksi pertempuran ninja dengan kawalan yang mudah! Aksi seperti ninjutsu dan jutsu besar boleh diaktifkan dengan satu sentuhan, jadi pemain baru boleh menikmati game ini dengan yakin.

Untuk memudahkan akses, versi mobile menampilkan penambahan ciri auto-save, pilihan battle control mode, ciri assist untuk kawalan pertempuran, penyesuaian/penukaran kawalan untuk pertempuran dan pergerakan bebas, penambahan ciri mission retry, penyesuaian/penukaran UI mini-game, serta penambahan tutorial.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Malangnya, game mobile Naruto: Ultimate Ninja Storm tidak percuma. Menurut App Store, game ini akan dijual pada harga RM49.90. Halaman Google Play tidak menyenaraikan harga, jadi saya tidak dapat memberi jumlah tepat bagi versi Android.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web rasmi di SINI, atau terus pradaftar di App Store dan Play Store!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Naruto: Ultimate Ninja Storm
ShareTweetSend
Previous Post

Jom Sertai Pokémon Run Malaysia! Pelbagai Aktiviti Menanti Di Pavilion Bukit Jalil!

Next Post

Akses Awal EA SPORTS FC 25 Sudah Bermula – Beri Segalanya Demi Kelab Kegemaran!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Akses Awal EA SPORTS FC 25 Sudah Bermula – Beri Segalanya Demi Kelab Kegemaran!

Akses Awal EA SPORTS FC 25 Sudah Bermula - Beri Segalanya Demi Kelab Kegemaran!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd