Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Naruto: Ultimate Ninja Storm 5 dalam pembangunan menurut kata orang dalam

safwan by safwan
April 18, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Game Baru
0 0
0
Naruto: Ultimate Ninja Storm 5 dalam pembangunan menurut kata orang dalam
Share on FacebookShare on Twitter

Orang dalam komuniti game anime mendakwa yang Naruto Ultimate Ninja Storm 5 sedang dalam pembangunan dan mungkin akan didedahkan pada tahun ini.

Walaupun game anime telah berkembang pesat sejak kebelakangan ini dengan pengeluaran seperti Dragon Ball FighterZ dan Demon Slayer: The Hinokami Chronicles. Namun kita sudah lama tidak nampak sesuatu yang baharu daripada Naruto. Daripada melancarkan game baharu, Bandai Namco memberi DLC baharu untuk Naruto to Boruto: Shinobi Striker selepas pelancaran sejak 2018.

YouTuber, Senju in Japan memuat naik video baharu semalam yang mendakwa bahawa game Naruto ini sedang dibangunkan di Bandai Namco dan merupakan entri seterusnya dalam siri Storm.

Sejak tahun lalu, dia telah mendengar bahawa game ini sedang dibangunkan walaupun tidak banyak maklumat yang didedahkan. Dia mengetahui banyak maklumat mengenai game ini dan mungkin akan diumumkan pada akhir tahun nanti.

Selain itu, dia juga menyatakan bahawa ia mungkin tidak dipanggil Ultimate Ninja Storm 5 dan mungkin dinamakan sempena Boruto. Jika kita lihat bagaimana Ultimate Ninja Storm 4 berakhir, ianya telah menumpukan pada siri anime dan manga Boruto yang sedang berlangsung. Game ini berkemungkinan akan berlaku selepas DLC Boruto dalam Ultimate Ninja Storm 4 dan memfokuskan pada watak generasi seterusnya.

Walaupun dia tidak memberikan terlalu banyak maklumat tentang game Naruto ini, dia sebelum ini banyak melaporkan tentang game pertempuran anime lain, seperti melaporkan watak dan ciri yang datang ke Demon Slayer: The Hinokami Chronicles. Wartawan game anime popular PS360HD2 ditanya tentang kesahihan khabar angin yang telah didedahkan dan percayalah bahawa game ini sedang dibangunkan.

https://youtu.be/8lTU_d9AFuQ

Jadi, apa pendapat korang tentang maklumat Naruto Ultimate Ninja Storm 5 yang telah didedahkan? Kongsikan pendapat korang di ruangan komen. Untuk lebih banyak berita menarik tentang Naruto, sila klik pautan ini.

Sumber: TheGamer

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Naruto Ultimate Ninja Storm 5
Previous Post

Shin Ultraman pamerkan Ultraman & Kaiju sedang beraksi dalam treler pertama

Next Post

Kos satu episod anime Attack on Titan mencecah jutaan ringgit!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Kos satu episod anime Attack on Titan mencecah jutaan ringgit!

Kos satu episod anime Attack on Titan mencecah jutaan ringgit!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd