Hari ini saya berita buruk untuk peminat anime di Malaysia, kerana permainan Naruto Shippūden Ultimate Ninja Blazing akan menghentikan perkhidmatan pada Februari 2021. Pertama kali dilancarkan di Jepun pada bulan Julai 2016, ia kemudian dilancarkan ke seluruh dunia pada hujung tahun yang sama.
Akaun Twitter Jepun rasmi untuk Naruto Shippūden Ultimate Ninja Blazing mengumumkan pada hari Selasa lalu bahawa permainan akan ditutup pada 9 Februari. Halaman Facebook untuk versi global permainan pula mengesahkan pada hari yang sama bahawa permainan akan menamatkan perkhidmatan pada 8 Februari.
【重要なお知らせ】
いつもサービスのご愛顧を深く御礼申し上げます。
この度『ナルティメット ブレイジング』は、サービスの提供を終了させていただく運びとなりました。■終了日時 2021年2月9日(火)12:00
詳細に関しましては、ゲーム内のお知らせをご確認ください。
— 「ナルティメットブレイジング」公式 (@naruto_blazing) December 8, 2020
[Important] Ultimate Ninja Blazing is Shutting DownWe regret to announce the closure of Ultimate Ninja Blazing. Thank…
Posted by NARUTO SHIPPUDEN: Ultimate Ninja Blazing on Tuesday, December 8, 2020
Dilabel sebagai “shinobi formation battle“, permainan ini menampilkan pertempuran bergilir dengan semua watak lama dan baru daripada dunia Naruto. Pemain akan memindahkan watak, dan watak-watak itu kemudian akan menyerang semua musuh dalam jarak tertentu. Bagi mereka yang berminat, ia masih boleh dimuat turun sekarang di Play Store dan App Store.
Selain itu, sudah ada beberapa game mobile yang menamatkan perkhidmatan, seperti Goblin Slayer yang ditamatkan selepas satu tahun beroperasi. Mudah-mudahan ini tidak menjadi trend, kerana saya tahu ramai yang melaburkan banyak masa dan wang dalam permainan setelah bertahun-tahun main.
https://www.youtube.com/watch?v=5F0tKUlr9Xg
@gamersantaimy
Discussion about this post