Puak Uchiha terkenal dan digeruni kerana dojutsu Sharingan di mana mata istimewa ini memberi penglihatan yang unggul dan pelbagai kebolehan istimewa. Memandangkan puak Uchiha terkenal dengan dojutsu mata mereka yang menakjubkan, agak pelik apabila kita mendapat tahu bahawa Uchiha Sarada memerlukan cermin mata untuk melihat.
Sarada ialah satu-satunya Uchiha yang memerlukan cermin mata dan ini menimbulkan beberapa isu dengan peminat. “Mengapa Sarada perlukan cermin mata untuk membetulkan visinya? Dia kan ada Sharingan” – ramai peminat kata. Dalam komuniti anime, ada juga yang bergurau bahawa gen Sakura (ibu Sarada) adalah sebab utama, tetapi itu bukanlah kebenarannya. Di sini, saya menjelaskan mengapa Sarada adalah satu-satunya Uchiha yang memerlukan cermin mata.

Penyakit adalah sebab utama visinya dia semakin merosot

Sarada memerlukan cermin mata untuk membetulkan penglihatannya sejak masih kecil. Ketika masih kanak-kanak kecil, Sarada jatuh sakit dan mengalami demam panas. Pada ketika itu, Sasuke mempunyai misi untuk mengumpul maklumat tentang klan Otsutsuki dan ini menyebabkan Sakura menjaga Sarada seorang diri. Sarada akhirnya sembuh daripada penyakit itu, tetapi ia meninggalkan kesan yang besar. Demam yang dihidapi Sarada nampaknya telah merosakkan penglihatannya. Karin kemudian menghantar sepasang cermin mata kepada Sarada untuk membetulkan penglihatannya dan sehingga sekarang, Sarada harus memakai cermin mata ini.
Sharingan pun tidak boleh membetulkan penglihatan Sarada

Walaupun Sarada sudah memperoleh Sharingan, dia masih memerlukan cermin mata untuk membetulkan penglihatannya. Ini kerana Sharingan tidak meningkatkan daya penglihatan melainkan jika diaktifkan. Jika Sharingan tidak aktif, seseorang individu masih akan mempunyai daya penglihatan yang sama. Jika Sarada boleh sentiasa mengekalkan aktif Sharingannya, dia tidak memerlukan cermin matanya. Masalahnya adalah Sharingan akan membebankan badan pengguna, jadi Sarada tidak boleh mengekalkan Dojutsu ini untuk tempoh masa yang lama.
Jadi itu lah penjelasan ringkas tentang Sarada yang merupakan satu-satu Uchiha yang perlu memakai cermin mata. Apa pendapat anda? Jangan lah asyik salahkan Sakura saja. Jom kongsikan pendapat di ruang komen nanti!
Sumber: Narutopedia
@gamersantaimy
Discussion about this post