Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[ Boruto 66 Spoiler ] Naruto mungkin kehilangan anaknya!

Maira by Maira
January 21, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
[ Boruto 66 Spoiler ] Naruto mungkin kehilangan anaknya!
Share on FacebookShare on Twitter

Naruto memang tidak asing lagi dengan kematian orang yang disayanginya. Sejak dia masih bayi, dia telah kehilangan semua ahli keluarganya. Semakin dewasa, dia masih lagi dibayangi oleh kematian. Nampaknya dalam bab terbaru manga, Naruto sekali lagi kehilangan salah seorang individu penting dalam hidupnya iaitu anak lelakinya, Boruto. Dalam satu siaran spoiler 66 Boruto, ada menunjukkan mayat Boruto, tetapi tidak ditunjuk bagaimana dia mati. Dengan bab 66 Boruto dilepaskan secara rasmi, akhirnya kita mendapat jawapan kepada persoalan itu.

SPOILER! TERDAPAT SPOILER DI BAWAH UNTUK BORUTO BAB #66!

Bab 66 untuk manga Boruto sememangnya membuatkan ramai peminat terkejut apabila bab itu keluar secara rasminya. Kita melihat Naruto dan Shikamaru bertarung dengan Code di luar Konoha. Mereka berdua telah pergi untuk menghentikan Kawaki dan Boruto yang sedang bertarung dengan musuh sehinggalah Momoshiki mengambil alih badan Boruto.

Boruto 66 Spoiler

Melihat Naruto seperti tidak sanggup untuk membunuh anaknya sendiri, Kawaki ingin membebaskan Boruto daripada Karmanya. Oleh itu, dia sendiri perlu membunuh Boruto. Naruto berusaha untuk melindungi anaknya itu daripada serangan Kawaki sehingga dihentikan sendiri oleh Boruto. Dia telah membenarkan Kawaki untuk membunuhnya. Serangan akhir pada Boruto dilepaskan oleh Kawaki dan akhirnya Boruto mati. Bab itu berakhir dengan keadaan Boruto serta jeritan dari Naruto.

Boruto 66 Spoiler

Memandangkan Boruto merupakan protagonis untuk manga ini, memang peliklah jika dia betul-betul mati. Tentu dia akan dibawa kembali ke kampung untuk dihidupkan semula. Tetapi kita masih lagi tidak tahu bagaimana itu semua akan terjadi. Memang pengakhiran bab yang buatkan ramai peminat ternanti-nanti bab terbaru. Anda boleh membaca bab terbaru ini di MangaPlus.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Boruto, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: BorutomangamatiSpoiler
Previous Post

[Review] Scream – Filem slasher terbaru dengan jenaka menarik!

Next Post

Pameran Attack on Titan akan diadakan di Marina Bay Sands, Singapura Februari ini!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Pameran Attack on Titan akan diadakan di Marina Bay Sands, Singapura Februari ini!

Pameran Attack on Titan akan diadakan di Marina Bay Sands, Singapura Februari ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd