Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Naruto: Apakah punca setiap Perang Dunia Shinobi? Penjelasan penuh!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 13, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Naruto: Apakah punca setiap Perang Dunia Shinobi? Penjelasan penuh!
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu tema yang sering muncul dalam siri Naruto ialah peperangan. Sepanjang durasi cerita, mereka memaparkan pertarungan yang tidak terkira banyaknya di seluruh Land of Fire dan negara jiran. Walau bagaimanapun, tiada yang setanding dengan Perang Dunia Shinobi yang berlaku sebelum dan semasa siri Naruto berlangsung.

Secara umum, Perang Dunia Shinobi berlaku sebanyak empat kali sepanjang sejarah Naruto dan setiap satu membawa kemusnahan dan kesengsaraan besar kepada setiap negara yang terlibat. Perang ini juga menghasilkan beberapa penjahat terkuat di dalam siri Naruto termasuk Akatsuki.

Tetapi apakah sebenarnya punca setiap Perang Dunia Shinobi berlaku dan apakah sejarahnya? Di sini, saya akan menjelaskan sebaik mungkin dalam cara yang mudah faham tetapi padat.

Perang Dunia Shinobi Pertama

Madara jatuh ke dalam dunia kegelapan

Perang Dunia Shinobi Pertama adalah konflik besar pertama yang berlaku di kalangan ‘Lima Negara Besar Shinobi‘.

Menurut Onoki (Tsuchikage Ketiga), perang itu adalah akibat negara dan semua kampung shinobi mengambil sumber dari negara lain dan kampung lain. Contoh pertama adalah apabila Uchiha Madara menuntut Iwagakure untuk tunduk kepada Konohagakure.

Hashirama menghadiri Mesyuarat Kage pertama

Sebelum perang bermula, Senju Hashirama (Hokage Pertama) mengagihkan semua Biju (raksasa berekor) ke kampung-kampung lain. Ini adalah sesuatu yang telah dibincangkan dan dipersetujui semasa Mesyuarat Kage yang pertama, kerana mereka berharap pengagihan Biju di antara kampung akan mewujudkan keseimbangan kuasa dan keamanan.

Walaupun aksi ini telah menamatkan peperangan yang lebih kecil, konflik masih meningkat dan Hashirama akhirnya mati.

Tobirama dan pasukannya semasa Perang Dunia Shinobi Pertama

Penggantinya sebagai Hokage adalah adiknya, Tobirama Senju, yang cuba meneruskan usaha Hashirama untuk mencapai keamanan, tetapi dia pun tidak dapat menghentikan Perang Dunia Shinobi Pertama dan turut akan mati semasa perang. Sebelum meninggal dunia, Tobirama melantik salah seorang muridnya, Sarutobi Hiruzen untuk menjadi Hokage seterusnya.

Akhir sekali, perjanjian damai telah ditandatangani dan keamanan dikekalkan selama dua puluh tahun di antara mereka; sebelum bermulanya Perang Dunia Shinobi Kedua.

Perang Dunia Shinobi Kedua

Perjanjian damai itu membawa kepada tempoh keamanan yang agak alam, tetapi selepas kira-kira 20 tahun, jurang ekonomi antara negara telah menjadi masalah yang serius. Negara-negara mula membentuk puak, dan dengan alasan “hak-hak yang adil”, negara-negara mula menggunakan kekuatan militari untuk meluaskan wilayah mereka. Maka, Perang Dunia baharu bermula.

Tidak banyak yang diketahui tentang politik era ini (termasuk di fandom), tetapi terdapat konflik antara Konohagakure – diketuai oleh Hokage Ketiga, Sunagakure – dipimpin oleh Kazekage Ketiga, Amegakure – dipimpin oleh Hanzo of the Salamander, dan Iwagakure – mungkin dipimpin oleh Tsuchikage Ketiga.

Tiga Sannin berhadapan dengan Hanzo semasa Perang Dunia Shinobi Kedua.

Majoriti pertarungan nampaknya berlaku di negara-negara kecil seperti Amegakure serta menyebabkan kemusnahan negara-negara itu. Di penghujung hari, perang telah memihak kepada Konoha.

Malangnya, tiga orang kawan iaitu Nagato, Konan, dan Yahiko daripada Amegakure telah kehilangan ibu bapa dan rumah mereka. Nasib baiklah, mereka bertiga dijaga oleh Jiraiya buat sementara waktu. Daripada pengalaman zalim ini, Nagato berhasrat untuk menamatkan segala peperangan yang berlaku di seluruh dunia lalu menyertai organisasi Akatsuki (yang diasaskan oleh Yahiko) untuk merealisasikan impiannya.

Akatsuki original, yang diketuai oleh Yahiko.

Pada masa yang sama, Nagato turut merujuk Perang Dunia Shinobi Kedua sebagai “perang yang dimulakan oleh Konoha”.

Perang Dunia Shinobi Ketiga

Raikage ketiga dalam peperangan

Tarikh tepat tidak pasti, tetapi Perang Dunia Shinobi Ketiga berlaku lebih daripada 10 tahun sebelum permulaan siri Naruto. Puncanya? Kerana kemerosotan kuasa negara, pemerintahan Lima Negara Besar Shinobi mula runtuh.

Sepanjang sempadan, banyak negara kecil mula mengadakan perang kecil sepanjang masa. Konflik berpanjangan ini secara beransur-ansur menjadi perang besar habis-habisan. Perang ini menjadi terlalu teruk hingga kanak-kanak muda, sebahagian daripada mereka baru sahaja keluar dari Akademi dipaksa mengambil bahagian dalam medan perang, dan akhirnya mati dalam perang.

Rin sebagai jinchuriki Isobu

Secara khususnya, Kirigakure akan mengambil peranan besar dalam Perang Dunia Shinobi Ketiga. Untuk melawan Konohagakure, mereka menculik Rin Nohara dan menanam Sanbi (Raksasa Berekor Tiga) jke dalam badannya dengan niat untuk melepaskannya ke Konoha dan memusnahkan kampung itu dari dalam apabila Rin tidak dapat mengawalnya raksasa itu lagi.

Daripada digunakan sebagai alat untuk memusnahkan kampungnya sendiri, Rin memilih untuk mati dan membiarkan dirinya ditikam oleh Chidori milik Kakashi. Walaupun kejadian ini menghalang Sanbi daripada dilepaskan tetapi ia juga mengakibatkan kematian Rin.

Mayat Rin dipeluk oleh Obito

Dari jauh, Uchiha Obito melihat kejadian ini tanpa diketahui oleh Kakashi (yang pengsan dalam pertarungan), lalu membunuh semua shinobi Kiri tanpa belas kasihan. Di bawah hujan, Obito hanya mampu memeluk mayat kawannya.

Tidak lama selepas itu, Uchiha Madara akan meninggal dunia, tetapi sebelum kematiannya, dia menyerahkan segala rancangan kepada Obito sehinggalah dirinya dihidupkan semula. Secara langsung, Uchiha Obito telah menyebabkan Perang Dunia Shinobi yang seterusnya.

Di Amegakure, Yahiko, Nagato, Konan, dan shinobi lain membentuk kumpulan yang akhirnya melawan pemerintahan Hanzo. Malangnya, konfrontasi antara kedua-dua pihak menyebabkan rakan baiknya, Yahiko membunuh diri. Bukan sahaja ibubapanya, Nagato pun kehilangan kawan karibnya. Di sini, dia membuat keputusan untuk menjadi ketua baru Akatsuki dan melaksanakan impian untuk menghentikan peperangan di seluruh, tidak kira apa jua cara.

Perang ini akhirnya berakhir selepas perjanjian damai antara Konoha dan Iwagakure dipersetujui. Dalam anime, Tsuchikage enggan menerima perjanjian damai, tetapi berubah fikiran selepas melihat Minato (Hokage Keempat) menghentikan pencerobohan oleh 1000 shinobi Iwagakure.

Perang Dunia Shinobi Keempat

Tobi mengisytiharkan Perang Dunia Shinobi Keempat menentang Lima Negara Besar

Rasanya saya pun tidak perlu menjelaskan dengan terperinci tentang Perang Dunia Shinobi Keempat memandangkan majoriti yang tahu. Konflik ini terutamanya antara Pakatan Shinobi Bersekutu (kelima-lima negara besar Shinobi) menentang Akatsuki yang rupanya diketuai oleh Uchiha Madara; dan kemunculan mengejut Otsutsuki Kaguya.

Perang ini diisytiharkan oleh Tobi (Uchiha Obito) apabila kelima-lima Kage dan Mifune (pemimpin Land of Iron) enggan menyerahkan Raksasa Berekor Lapan dan Raksasa Berekor Sembilan kepadanya. Untuk menunjukkan jurang kekuatan mereka, Tobi menceritakan rancangannya untuk menggunakan tujuh Raksasa Berekor yang ditangkap oleh Akatsuki untuk memerangi dunia ninja.

Sedar mereka lemah jika menghadapi seorang diri, Hokage Kelima, Kazekage Kelima, Mizukage Kelima, Raikage Keempat, Tsuchikage Ketiga, dan Jeneral Mifune bersetuju untuk membentuk Pakatan Shinobi Bersekutu.

Kedua-dua Pakatan Shinobi Bersekutu dan Akatsuki telah mengumpulkan banyak pasukan untuk perang ini; seramai 80,000 shinobi dan samurai membentuk Pakatan Shinobi manakala 100,000 klon Zetsu dan ninja yang dihidupkan semula membentuk tentera Tobi (ada juga beberapa ninja reinkarnasi yang menyertai pihak Pakatan Shinobi).

Madara tiba di medan perang bersama Tsuchikage Kedua

Sepanjang perang itu, banyak nyawa yang terkorban (fandom kata lebih separuh tetapi tiada bukti kukuh), dan ramai antagonis membuat kemunculan mengejut seperti Uchiha Obito, Uchiha Madara, Zetsu dan Otsutsuki Kaguya (peranan mereka di dalam perang baru didedahkan ketika ini).

Namun, hero sentiasa akan menang! Naruto, Sasuke, Sakura dan Kakashi menyelamatkan dunia dan berikutan itu, Kakashi dinamakan sebagai Hokage Keenam.

Sekarang?

Mesyuarat Kage ketika Naruto sebagai Hokage Ketujuh.

Pada tahun-tahun berikutnya, Pakatan Shinobi Bersekutu akan disusun semula ke Shinobi Rengo, sebuah kesatuan yang terdiri daripada mana-mana kampung yang ingin sertai, dengan tujuan memelihara keamanan di kalangan kampung.

Pada zaman Naruto menjadi Hokage Ketujuh, hubungan antara semua kampung menjadi semakin bagus, di mana semua Kage mempunyai hubungan yang akrab, dan boleh berbincang pelbagai topik dan menangani ancaman bersama tanpa prejudis.


Apa pendapat korang tentang Perang Dunia dalam Naruto? Mari kongsi pendapat di ruang komen! Untuk baca segala liputan kami tentang francais Naruto termasuk fakta dan trivia lain, tekan di SINI.

Sumber – Narutopedia

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeBorutonarutoPerang Dunia Shinobi
ShareTweetSend
Previous Post

Puzzle platformer ‘Trine 5: A Clockwork Conspiracy’ akan tiba di PS, Xbox, Switch & PC pada Jun-Sep 2023!

Next Post

Unboxing ROG Phone 7 Ultimate – Hadir dengan AeroActive Cooler 7!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Previu Duet Night Abyss (CBT 2) – Sebuah Game Yang Mampu Mengubah Persepsi Gacha!
Preview

Previu Duet Night Abyss (CBT 2) – Sebuah Game Yang Mampu Mengubah Persepsi Gacha!

June 13, 2025
Love In Tiny Spaces – Game Romance Yang Memerlukan Stealth, Demo Kini Tersedia
Demo

Love In Tiny Spaces – Game Romance Yang Memerlukan Stealth, Demo Kini Tersedia

June 13, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater Dedah Mod Online Istimewa & Minigame Eksklusif Mengikut Platform
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater Dedah Mod Online Istimewa & Minigame Eksklusif Mengikut Platform

June 13, 2025
Next Post
Unboxing ROG Phone 7 Ultimate – Hadir dengan AeroActive Cooler 7!

Unboxing ROG Phone 7 Ultimate - Hadir dengan AeroActive Cooler 7!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd