Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Nanami Jujutsu Kaisen Tak Sempat Sampai Kuantan, Peminat Malaysia Beri Memorial

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 24, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Tempatan
0 0
0
Nanami Jujutsu Kaisen Tak Sempat Sampai Kuantan, Peminat Malaysia Beri Memorial
Share on FacebookShare on Twitter

Semua orang di seluruh dunia kini sedang berduka selepas tayangan episod terbaru anime Jujutsu Kaisen lagi-lagi peminat Malaysia kerana ia bukan sahaja mendedahkan kematian Nanami Kento, malah dia menyebut Kuantan sebagai salah satu destinasi yang ingin dia pergi sebelum meninggal dunia.

AMARAN! SPOILER UNTUK JUJUTSU KAISEN SEASON 2 DI BAWAH!

Kredit: MAPPA

Bagi mereka yang mengikuti Jujutsu Kaisen Season 2, Episod 18 berakhir dengan kematian Nanami Kento, yang tidak boleh dinafikan adalah watak sokongan yang paling disukai dalam Jujutsu Kaisen. Beginilah kisahnya:

Selepas terselamat daripada Domain Expansion milik Dagon, Nanami terpaksa berhadapan dengan Jogo – musuh hebat yang hanya boleh dikalahkan oleh Sukuna. Tanpa sedar, Jogo menyerang Nanami memakai teknik apinya lalu mengakibatkan dia melecur teruk dan di ambang kematian. Namun, Nanami mempamerkan daya tahan yang hebat, dan berjaya menyedarkan diri.

Kredit: MAPPA

Walaupun kecederaanya melampaui had seorang manusia (bahagian kiri badannya terbakar hingga nampak isi daging), Nanami enggan berputus asa. Sebaliknya, dia nekad untuk meneruskan perjuangan dengan melawan manusia mutan yang tidak terkira banyaknya, demi melindungi rakan-rakan lain.

Di tengah-tengah pertempuran, Nanami terbayang kehidupan aman yang dia boleh peroleh dan menyatakan dia ingin melawat Malaysia, khususnya pantai di Kuantan, sebelum mati. Pada masa ini, dia kata;

“Malaysia. Betul, saya nak pergi ke Malaysia. Saya akan pergi ke Kuantan”

Kredit: @thefaizzainal

Dua adegan berlaku sekaligus, Nanami melawan manusia mutan sambil membayangkan dirinya berada di pantai Kuantan. Bagi mereka yang tidak tahu, kita hanya dapat melihat Nanami membayangkan rupa pantai Malaysia dalam manga.

Sebaliknya, versi anime meluaskan adegan ini dengan membuatkan dia berasa seperti sudah berada di Malaysia sambil memberi tarian terakhir. Berkat adegan anime ini, kematian Nanami jauh lebih emosional dan memberi impak.

Kredit: MAPPA

Namun, usaha berani Nanami dipadamkan apabila Mahito menemuinya. Dengan kejam, Mahito membunuh Nanami dengan meletupkan bahagian badan atasnya.

Selepas tayangan episod ini, #Kuatan menjadi viral di media sosial. Ramai yang sedih dengan kematian Nanami dan untuk menghormati permintaannya, ramai yang cuba membawanya ke Kuatan.

Ada yang memberi mesej, ada yang cosplay – malah Nanami siap ada kubur memorial sendiri di Kuantan. Berikut antara beberapa contoh:

https://twitter.com/zejsa_malker/status/1727694328263577898

He's finally retired.
I got him to Kuantan, don't worry.#nanamikentocosplay #JujutsuKaisen #kuantan#七海建人 #ナナミン #勤労感謝の日 pic.twitter.com/eRAZ7EqsPL

— DouZi (@douzi_69) November 23, 2023

its ok guys he's safe he's in kuantan he gets along with the neighbours and is chilling nothing bad happens to him #nanamikento #jjk pic.twitter.com/8n8HrtIg3B

— ✨️nur✨️ cik tipah gila (@hexblading) November 18, 2023

RIP Nanami.

We’ve build your memorial in Pantai Sepat , Kuantan ❤️ https://t.co/8r6skqiO7C pic.twitter.com/FAxEaaXWQe

— Mimie Rahman | Kaunselor (@mimierhmn) November 24, 2023

Apa pendapat korang tentang Nanami? Jom kongsi pendapat di ruang komen!

Dapatkan segala berita kami tentang JJK di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Jujutsu KaisenKuatanMalaysiaNanami
ShareTweetSend
Previous Post

Sasuke & Sakura Diundi “Pasangan Kahwin Anime Terbaik”, Menurut Netizen Jepun

Next Post

Crunchyroll Ingin Majukan Servis Untuk Peminat Anime Asia Tenggara Termasuk Malaysia, Interview Khas! [AFA 2023]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Crunchyroll Ingin Majukan Servis Untuk Peminat Anime Asia Tenggara Termasuk Malaysia, Interview Khas! [AFA 2023]

Crunchyroll Ingin Majukan Servis Untuk Peminat Anime Asia Tenggara Termasuk Malaysia, Interview Khas! [AFA 2023]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd