Siapa tak kenal Shroud atau nama sebenarnya Michael Grzesiek seorang pro streamers dan bintang di Twitch serta bekas pemain profesional Counter-Strike: Global Offensive (CS:GO). Shroud terkenal dengan stream permainan seperti PlayerUnknown’s Battlegrounds, Counter-Strike: Global Offensive, Call of Duty Black Ops 4: Blackout, Rainbow Six Siege dan terkini Apex Legends.
Apex Legends adalah permainan yang memberikan Shroud monumen untuk permulaan tahun 2019 di Twitch, nampaknya kini Shroud agak kecewa dengan permainan yang dikeluarkan oleh pihak Respawn Entertainment. Katanya “Saya rasa lagi tiga perlawanan sebelum saya berhenti dari permainan ini selama-lamanya,” kata Shroud. “Saya lebih suka bermain PUBG.”
“I got about three games left before I quit this game forever,”
“I’d rather play PUBG.”
-Shroud
Walaupun Shroud telah menjadi penyokong besar Apex Legends, dia tidak pernah rasa malu atau sorok-sorok untuk mengkritik tentang permainan yang dimainnya.Bulan Mac lalu, Shroud telah mengadu tentang keganasan penggodam dan bagaimana ia mungkin merosakkan permainan jika Respawn tidak mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Malangnya, Apex Legends masih mempunyai banyak masalah walaupun telah menghantar ramai pencipta kandungan. Respawn masih mencuba untuk hentikan pemasalahan penggodam ini, tetapi makin lama makin ramai penggodam yang berleluasa di permainan ini.
Selain itu Shroud juga kecewa dengan lag servernya, secara ironinya menganggu permainan dia ketika dalam perlawanan. Sebaik sahaja mendarat, permainan telah menjadi dalam gerakan yang perlahan.
Isu-isu ini turut menjejaskan pemain-pemaian lain terutama yang membuat streaming. Disebabkan pekara itu, penonton di Twitch telah menjunam drastis selama dua bulan ini.
https://twitter.com/Yeet85724538/status/1113935385527291904
https://twitter.com/Videaprojaekt/status/1097589674128883713
Nampaknya pihak Respawn perlu melakukan banyak kerja untuk menawan kembali keajaiban Apex Legends yang kini hilang, kalau tidak ia akan menjadi risiko bagi satu lagi permainan pertempuran royale yang dilupakan para pemain.
Sumber: GameByte
@gamersantaimy
Discussion about this post