Desas-desus mengenai Forge yang merupakan hero lagenda terbaru dalam musim ke-4 – Assimilation yang akan datang di Apex Legends telah berakhir kerana dia telah dibunuh! Eh apa yang telah terjadi ni? Semua ini adalah satu penipuan?! Ya, sebuah video teaser terbaru dari Apex Legends telah memastikan keTIDAKhadiran Forge didalam permainan ini! Kononya sebuah temuramah bersamanya telah dijalankan di set studio temuramah yang ingin bertanyakan mengenai kehadiranya di Apex Legends, tetapi dalam pengakhiran video itu berakhir dengan satu misterios yang membunuh Forge dari belakang!
Jadi apa sebenarnya yang terjadi ini? Sama ada ini hanyalah gimik semata-mata dan Forge sememangnya akan berada didalam permainan atau pun hanya untuk mempamerkan sebenarnya yang membunuh Forge itulah sebenarnya hero lagenda yang dinantikan? Kesemua kebocoran maklumat nyata tidak boleh dipercayai! Okay-okay jom sasikan video kejadian ngeri Forge itu!
Cerita mengenai Forge sebenarnya telah dikongsikan minggu lalu oleh Respawn untuk mengongsikan apa yang ada dalam musim terbaru yang ke-4 ini. Respawn telah memberi yang terbaik di setiap musim kepada peminatnya, dengaan hint-hint yang menarik serbegini, pelbagai spekulasi akan timbul isetiap pemikiran peminat. Anda boleh saksikan video perkongsian tersebut dibawah;
Didalam perkongsian video tersebut Tom Casiello menyatakan Forge adalah brawlers, merupakan juara 5x Hyperfighting Federation dengan personaliti yang besar. Forge juga dikatakan mempunyai kaitan dengan Titanfall didalam permainan. Dia juga merupakan Legend yang pertama mempunyai sponsor iaitu Hammond Robotic.
Untuk watak terbaru ini kemungkinan besar dia adalah robot yang dikhabarkan sebelum ini dan nama yang diberikan adalah ‘Revenant‘. Revenant kelihatan seperti robot ninja yang mungkin akan mempunyai kebolehan yang sama seperti Wraith yang terkenal dengan skil kelajuanya dan pasti menarik ianya akan berada didalam ‘Revenant’ ini dan memberi lebih dinamik didalam Apex Legends!
Pelbagai spekulasi akan didengari sehinggalah keluar musim terbaru ini, buat masa ini tiada lebih informasi yang telah dikongsikan oleh Respawn. Jadi kita nantikan selebihnya 4 Februari ini sama ada Forge akan datang ke permainan ini atau dia benar-benar dimatikan, atau Revenant yang akan menjadi hero Legends terbaru bersama kebolehan yang mengagumkan?!
Sumber: Gamespot

@gamersantaimy
Discussion about this post