Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Nama “Tom” dan “Jerry” bukanlah nama sebenar watak dalam Tom & Jerry

Maira by Maira
November 19, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Genre
0 0
0
Nama “Tom” dan “Jerry” bukanlah nama sebenar watak dalam Tom & Jerry
Share on FacebookShare on Twitter

MultiVersus, permainan platform fighter oleh Warner Bros. Games baru sahaja diumumkan. Kita dapat lihat banyak karakter yang dikenali ramai dan salah satu daripadanya ialah watak kucing dan tikus dari animasi “Tom & Jerry“. Kita dah biasa lihat animasi yang menggunakan nama watak sebagai tajuk animasi seperti, Boboiboy dan Upin Ipin. Tapi korang tahu tak, Tom dan Jerry bukanlah nama sebenar untuk watak kucing dan tikus yang kita kenali. Itu sebenarnya nama gelaran mereka!

Kalau korang nak tahu, nama sebenar “Tom” ialah Thomas Jasper Cat, Sr. dan “Jerry” pula Gerald Jinx Mouse. Setelah berdekad-dekad kita tonton animasi ini, baru sekarang kita tahu nama sebenar mereka. Rata-rata ramai peminat yang terkejut apabila melihat nama sebenar mereka yang didedahkan dalam MultiVersus.

Jasper dan Jinx yang merupakan nama tengah mereka berdua sebenarnya nama prototaip yang diberikan sebelum diubah kepada Tom dan Jerry. Nama tersebut diberikan semasa penampilan mereka yang pertama dalam “Puss Gets The Boot” pada 1940. Tetapi Thomas dan Gerald merupakan sesuatu yang baru didedahkan dan sudah tentu membuatkan ramai peminat berkongsikan perasaan terkejut mereka di media sosial.

Melalui guinreds di Twitter, dia berkata “berapa ramai orang yang akan terkejut bila mereka melihat nama sebenar Tom dan Jerry dalam permainan?” Dan dari situlah ramai peminat yang mempertikaikan nama mereka. Tetapi ada satu perkara yang lebih mengejutkan. Ianya “Sr.” yang ada pada hujung nama Tom. Jadi, selama ini Tom ada anak? Sepanjang kita menonton animasi ini, tak pernah kita jumpa kucing yang boleh dianggap sebagai anak Tom. Jadi dimanakah mereka selama ini? Nampaknya memang perkara ini akan menjadi tanda tanya sampailah ada info rasmi tentang status Tom.

Korang akan dapat beraksi sebagai Tom dan Jerry dalam permainan MultiVerse yang akan dikeluarkan tahun depan. Selain mereka berdua, pelbagai watak hebat dari DC seperti Superman, Harley Quinn dan ramai lagi. Watak dari Scooby-Doo juga ada. Kami ada menceritakan serba sedikit mengenai MultiVerse melalui pautan ini. Jadi, apa pendapat korang tentang pendedahan terbaru ini? Mesti korang pon terkejut kan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: MultiVersusTom and Jerry
Previous Post

Movie One Piece FILM: RED diumumkan, menampilkan Red-Haired Shanks sebagai watak utama!

Next Post

Review Battlefield 2042: Pengalaman perang paling “intense”, non-stop aksi!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Next Post
Review Battlefield 2042: Pengalaman perang paling “intense”, non-stop aksi!

Review Battlefield 2042: Pengalaman perang paling "intense", non-stop aksi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd