Game sekarang memang banyak yang percuma dimainkan tetapi kadang-kadang itu mesti antara kita yang teringin nak topup “wang premium” untuk dapatkan sesuatu yang kita inginkan. Tidak kiralah senjata, skin, watak dan banyak lagi. Kalau dulu untuk topup sangat susah dan terpaksa bergantung kepada kad kredit ataupun debit. Tetapi sekarang semuanya mudah sahaja, malah terdapat banyak kad reload ataupun “gift card” yang tersedia secara fizikal untuk anda beli.
Kami menyenaraikan beberapa laman web dan gift card yang tersedia di 7E sebagai panduan untuk anda yang ingin topup game anda! Tanpa membuang masa, berikut adalah senarai laman web dan gift card tersedia untuk anda topup game:
Laman web topup game
Laman web yang kami senaraikan ini rata-rata menawarkan katalog game yang ramai dimainkan oleh pemain Malaysia antaranya PUBG Mobile, Free Fire, Mobile Legends Bang Bang, Genshin Impact dan banyak lagi. Terdapat juga gift card digital untuk anda topup Google Play, Steam, PlayStation Wallet, Nintendo e-shop dan lain-lain. Pembayaran untuk setiap laman web ini juga fleksibel untuk anda semua topup game kegemaran anda. Bukan setakat itu sahaja, terdapat juga laman web yang menjual baucar Steam untuk game yang tersedia di platform itu. Kalau anda mencari reload untuk Spotify atau Amazon, ia juga tersedia. Boleh usya semua laman web berikut!

- Codashop
- Pembayaran: E-wallet, Perbankan dalam talian, SMS/Mudah Alih, Kad Kredit/Debit
- SEAGM
- Pembayaran: E-wallet, Perbankan dalam talian, 7-Eleven, Kad Kredit/Debit
- UniPin
- Pembayaran: E-wallet, Perbankan dalam talian, SMS/Mudah alih, Kad kredit/ Debit, Baucar fizikal (KK Super Mart)
- GameConnect
- Pembayaran: Boost
Gift card fizikal yang boleh didapatkan di 7-Eleven
Kalau masuk 7-Eleven, mesti anda akan jumpa satu rak khas yang mempamerkan pelbagai gift card. Ada untuk gamer, penggemar muzik dan filem, servis penstriman dan macam-macam lagi. Kami senaraikan beberapa gift card sesuai untuk gamer gunakan untuk topup game kegemaran. Anda boleh lihat senarai di bawah.

- PlayStation Network Wallet
- PlayStation Plus
- Steam Wallet
- Google Play
- Roblox
- Valorant
- Legends of Runeterra
Itu sahaja yang kami boleh kongsikan buat masa ini. Kalau ada penambahan, kami akan kemas kini artikel supaya mudah untuk dirujuk semula. Jangan lupa untuk ikuti Gamer Santai untuk dapatkan liputan lain mengenai game, anime, filem dan banyak lagi.
@gamersantaimy
Discussion about this post