Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[MYDCF 2021] Cara-cara memperkenalkan budaya Asia Tenggara kepada seluruh dunia melalui permainan video!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 21, 2021
in Artikel, Berita, Pameran/Expo, Tempatan
0 0
0
[MYDCF 2021] Cara-cara memperkenalkan budaya Asia Tenggara kepada seluruh dunia melalui permainan video!
Share on FacebookShare on Twitter

CEO dan pengasas bersama Toge Productions, Kris Antoni telah mengadakan bengkel hari ini di MYDCF 2021 mengenai cara menerbitkan permainan kepada khalayak global dan cara khusus untuk membuat orang tertarik kepada budaya Asia Tenggara melalui permainan video.

Dalam bengkel itu, dia memberi beberapa contoh yang menghalang pemaju tempatan untuk menyampaikan kreativiti mereka. Pertama sekali adalah kejutan budaya, yang menyebabkan banyak keunikan Asia Tenggara termasuk Malaysia hilang maksud apabila diterjemahkan dalam permainan video khusus. Apa yang membuatkan keadaan bertambah lebih buruk adalah apabila game tempatan kita terasa terlalu asing untuk pasaran global.

Sebaliknya, Kris Antoni memberikan solusi untuk masalah ini, iaitu mengenal pasti ciri apa yang sesuai untuk khalayak barat. Dia mengambil A Space For The Unbound sebagai contoh, yang merupakan sebuah permainan tentang budaya Indonesia, tetapi juga mengambil inspirasi dari karya Makoto Shinkai, yang menghasilkan filem popular seperti Your Name dan Weathering With You.

“Cuba cari sesuatu yang dapat berhubung dengan khalayak antarabangsa, kemudian ambil peluang itu untuk menarik mereka masuk. Memberi sesuatu yang tidak asing lagi sebagai rujukan menjadikannya lebih mudah untuk menarik orang masuk. Dengan mencuba permainan kita, mereka lebih terdedah kepada budaya baru.”

Satu lagi cara adalah untuk mengenal pasti jenis penonton yang anda mahukan. Ini bermaksud seseorang yang pendapatnya adalah penting, seperti streamer, yang mampu memperkenalkan permainan anda kepada khalayak yang lebih luas.

RelatedPosts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

Jangan tergopoh-gopoh

Nasihat terakhir yang diberikan oleh Kris adalah sentiasa bermula secara kecil-kecilan. Walaupun ramai yang ingin membuat debut dengan karya yang bombastik, Kris menjelaskan bahawa ia lebih bagus untuk “gagal” tetapi dalam cara yang kita mudah pulih dan belajar dari kesilapan.

Antara langkah mudah adalah dengan menggunakan platform seperti itch.io yang membolehkan kita mengeluarkan prototaip awal untuk oleh orang ramai, dan kemudian mengubah suai game kita secara beransur-ansur selepas mendapatkan maklum balas daripada pengguna.

Sebelum menamatkan bengkel, Kris menjelaskan tentang Toge Games Fund Initiative – sebuah servis yang memberi anda peluang untuk untuk gagal, tetapi mengurangkan risiko kewangan. Seperti yang telah kami cerita dalam artikel sebelum, anda tidak perlu membayar walau satu sen pun cuma Toge sahaja yang mempunyai hak untuk menerima atau menolak proposal anda. Jika anda berminat, jangan lupa untuk sertai inisiatif ini!

Untuk segala liputan kami tentang MYDCF 2021, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Asia TenggaraBudayaKris AntoniMalaysiaMYDCF 2021Toge Productions
Previous Post

Nak live stream game PC, konsol dan mobile di Facebook? Ini cara mudah untuk anda!

Next Post

[MYDCF 2021] Sony PlayStation sedia bantu pemaju tempatan Malaysia menerbitkan game indie!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
[MYDCF 2021] Sony PlayStation sedia bantu pemaju tempatan Malaysia menerbitkan game indie!

[MYDCF 2021] Sony PlayStation sedia bantu pemaju tempatan Malaysia menerbitkan game indie!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd