Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

My Hero Ultra Rumble akan datang ke Malaysia – game battle royale berdasarkan My Hero Academia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 12, 2023
in Anime, Artikel, Battle Royale, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4, Steam, Xbox One
0 0
0
My Hero Ultra Rumble akan datang ke Malaysia – game battle royale berdasarkan My Hero Academia!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Bandai Namco Entertainment Asia mengumumkan bahawa ‘My Hero Ultra Rumble‘ rasmi akan datang ke rantau Asia termasuk Malaysia, kerana dahulu ia hanya boleh didapati di pasaran Jepun dan negara Barat sahaja.

Dibangunkan oleh BYKING (studio di sebalik My Hero One’s Justice), My Hero Ultra Rumble merupakan game “Free-to-Play Online Battle Royale Multiplayer” berdasarkan siri manga dan anime popular, My Hero Academia oleh Kohei Horikoshi. Buat masa ini, ia disahkan bahawa game ini akan datang ke PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch dan PC melalui STEAM.

Gameplay

Dalam game ini, pemain dapat bersaing bersama orang lain sebagai Hero atau Villain ikonik daripada siri. Pilih watak kegemaran dan berganding bahu dengan dua pemain lain secara online untuk mengalahkan tujuh pasukan lawan. Semua orang akan bertarung di peta luas yang menampilkan lokasi dan kawasan-kawasan terkenal daripada siri. Seperti mana-mana game battle royale, objektif utama adalah untuk bertahan hidup dan menjadi satu-satunya pasukan yang masih hidup.

Kredit: BNE Asia

Dengan mengawal watak klasik My Hero Academia, peminat boleh memanfaatkan sepenuhnya Quirks mereka untuk menyerang musuh dan bekerjasama dengan pasukan supaya bertahan hidup dalam pertarungan. Pastikan anda bekerjasama dengan rakan sepasukan, bersikap taktikal dan gunakan persekitaran kerana arena pun akan semakin kecil.

Kredit: BNE Asia

Bukan itu sahaja, [emain juga boleh menyumbang kepada kemenangan pasukan dengan menyelamatkan atau menakut-nakutkan orang awam di arena bagi mendapatkan item kuat yang boleh menentukan keputusan pertarungan.

Kredit: BNE Asia

Berdasarkan info sedia ada, berikut adalah senarai watak yang boleh dimainkan:

Watak boleh dimainkan:

  • Izuku Midoriya
  • Katsuki Bakugo
  • Semua Mungkin
  • Tembak Todoroki
  • Ochaco Uraraka
  • Tsuyu Asui
  • Itsuka Kendo
  • Tenya Ida
  • Denki Kaminari
  • Tomura Shigaraki
  • Dabi
  • Himiko Toga
  • Encik Compress
  • Mt. Lady
  • Cementos

Watak tidak boleh dimainkan

  • Present Mic (Announcer)
  • Kota Izumi (Orang awam yang boleh diselamatkan)
Kredit: BNE Asia

Menurut Weekly Jump, My Hero Ultra Rumble akan dilancarkan pada hujung tahun ini. Tarikh keluaran rasmi tidak didedahkan tetapi harap-harap ia keluar pada tahun ini.

Untuk membaca segala liputan kami tentang francais My Hero Academia, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: My Hero AcademiaMy Hero Ultra Rumble
ShareTweetSend
Previous Post

Game XDefiant Ditunda Berikutan Gagal Proses Kelulusan PlayStation dan Xbox!

Next Post

hololive English Council umum ‘3D Showcase’, menampilkan Ceres Fauna, Ouro Kronii, Nanashi Mumei, Hakos Baelz & IRyS!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Survive the Fall – Survival Taktikal Yang Penuh Potensi, Tapi Belum Sempurna
Review

Reviu Survive the Fall – Survival Taktikal Yang Penuh Potensi, Tapi Belum Sempurna

Pemenang Apple Design Awards 2025, Termasuk Balatro & Infinity Nikki
Anugerah

Pemenang Apple Design Awards 2025, Termasuk Balatro & Infinity Nikki

June 4, 2025
Rumusan Spec Valorant Mobile: Lebih Rendah Daripada Dijangka?
Berita

Rumusan Spec Valorant Mobile: Lebih Rendah Daripada Dijangka?

June 4, 2025
Next Post
hololive English Council umum ‘3D Showcase’, menampilkan Ceres Fauna, Ouro Kronii, Nanashi Mumei, Hakos Baelz & IRyS!

hololive English Council umum '3D Showcase', menampilkan Ceres Fauna, Ouro Kronii, Nanashi Mumei, Hakos Baelz & IRyS!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd