Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

My Hero Academia: Senarai wira yang terkorban dalam story arc terkini! *SPOILER*

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 7, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
My Hero Academia: Senarai wira yang terkorban dalam story arc terkini! *SPOILER*

Sumber - HEXAMENDLE

Share on FacebookShare on Twitter

Daripada luaran, My Hero Academia kelihatan seperti manga shonen yang ceria, tetapi penciptanya, Kohei Horikoshi, tidak pernah takut untuk menunjukkan sisi gelap francais. Apabila wira dan penjahat saling bertarung sesama, pasti ada yang terkorban. Cuma kali ini, ramai hero profesional yang dibunuh semasa peperangan, dan senarai yang terkorban telah dikongsi dalam bab 296 manga.

Terdapat spoiler besar di bawah untuk My Hero Academia! Teruskan membaca dengan berhati-hati:

Pendedahan sedih ini muncul pada pertengahan bab 296. My Hero Academia telah menamatkan story arc terkini di mana ramai wira dan orang awam berjaya mengharungi serangan Shigaraki. Namun, ramai juga yang terkorban..

Dua kematian paling besar ialah Midnight dan Crust. Nemuri Kayama atau nama profesionalnya, Midnight, bertindak sebagai guru di UA Academy. Crust pula ialah salah satu daripada lima hero tekuat di Jepun. Kematian mereka pasti akan mempunyai impak yang besar ketika manga meneruskan naratif seterusnya, tetapi sebenarnya masih ada ramai lagi hero profesional yang terkorban.

Ia didedahkan bahawa Majestic, X-Less, dan Native semuanya mati semasa peperangan ini. Mereka ditemani oleh hero profesional lain yang tidak pernah dinamakan dalam siri seperti mentor Kendo dan wira yang pernah muncul semasa story arc Sports Festival. Sebanyak 13 hero ditunjukkan di halaman obituari, tetapi mungkin ada lebih ramai lagi memandangkan kerosakkan yang dilakukan oleh Shigaraki, para High-End Nomu dan askar-askar terlalu besar.

  • Nemuri Kayama/Midnight- Dicederakan oleh Gigantomachia dan kemudian menggunakan saat-saat terakhir untuk menjelaskan rancangan kepada Creati sebelum dibunuh oleh askar Paranormal Liberation Front.
  • Shield Hero: Crust – Mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan Aizawa daripada dibunuh Shigaraki.
  • Magic Hero: Majestic – Dibunuh ketika Gigantomachia menyerang para wira.
  • Eye Gun Hero: X-Less – Dibunuh oleh Shigaraki.
  • Native- Tidak ditunjukkan tetapi disahkan meninggal dunia.
  • Mentor kepada Kendo.
  • Hero yang ditikam di kepala oleh Twice.
  • Hero sami – di makmal bersama X -Less.
  • Hero daripada story arc Sports Festival.

Yang lain tidak mempunyai nama tetapi disahkan telah meninggal dunia.

Kematian mereka cukup mengejutkan, dan memberi titik perubahan yang besar untuk Deku. Rancangan All For One masih belum tamat tetapi semua hero terlalu cedera parah untuk peperangan seterusnya. Adakah ini masa untuk Deku menyelamatkan dunia? Kongsi pendapat anda di ruang komen sekarang!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: heromangamatiMy Hero Academia
Previous Post

Nampaknya Outriders tangguh sekali lagi~ Tapi, Demo Percuma hadir bulan depan!

Next Post

Permainan pengembaraan peranan baru, Mist Forest secara rasmi dilancarkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Permainan pengembaraan peranan baru, Mist Forest secara rasmi dilancarkan!

Permainan pengembaraan peranan baru, Mist Forest secara rasmi dilancarkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd