Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

My Hero Academia Live-Action Oleh Netflix Masih Di Fasa Awal Tapi Jalan Lancar

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 12, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
My Hero Academia Live-Action Oleh Netflix Masih Di Fasa Awal Tapi Jalan Lancar
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, industri anime telah berkembang pesat. Malah, anime juga mendapat banyak perhatian daripada Hollywood hingga diadaptasikan ke live-action. Diumumkan sejak 2022, My Hero Academia sah akan menerima adaptasi filem live-action berikutan kejayaan Netflix dengan One Piece. Kini, penulis skrip Joby Harold telah memberi kemas kini tentang bagaimana projek itu sedang berjalan.

Kredit: Shueisha

Joby Harold diambil untuk menulis skrip bagi My Hero Academia live-action untuk Netflix. Walaupun agak agak sibuk dengan Monarch: Legacy of Monsters, nampaknya jadual dia semakin ringan. Dalam sebuah temu ramah bersama Collider tentang MonsterVerse, Harold mengesahkan bahawa kerjanya untuk My Hero Academia sedang berjalan, dan itu sahaja yang boleh dia katakan tentang adaptasi itu.

Joby Harold | Kredit: IMDb

“Ya, betul. Sudah tentu,” kata Harold apabila mengesahkan bahawa My Hero Academia sedang giat dalam produksi.

“Ia adalah sesuatu yang saya usahakan dan suka bekerja. Saya teruja untuk melakukannya dan mengeluarkannya. Ia memang besar. Saya boleh bercakap dengan fakta bahawa ia adalah aksi langsung, dan saya rasa itu mungkin sahaja yang saya boleh bercakap, tetapi ia adalah hal besar dalam hidup saya. Saya benar-benar menikmatinya.”

Kredit: Shueisha

Walaupun info tidak banyak tetapi kita tahu filem ini akan diarahkan oleh Shinsuke Sato. Ini merupakan penampilan pertamanya dalam industri Hollywood. Sato terkenal dengan pengarahan filem dan siri TV seperti live action Bleach, Alice in Borderland, Gantz, Kingdom, Death Note dan I am a Hero. Joby Harold pula terkenal sebagai penulis untuk siri Disney+ Obi-Wan Kenobi, Army of the Dead, Godzilla, dan filem “Transformers: Rise of the Beasts”.

Kredit: Shueisha

Tentang plot dan barisan, info masih belum didedahkan. Buat masa ini, Legendary Entertainment dan Netflix masih mendiamkan diri mengenai projek bercita-cita tinggi itu tetapi memandangkan My Hero Academia sangat popular, kemungkinan besar adaptasi aksi langsung ini adalah keutamaan besar untuk Netflix dan Legendary.


Untuk mendapatkan segala liputan mengenai My Hero Academia daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: live-actionMy Hero Academianetflix
ShareTweetSend
Previous Post

Blue Eye Samurai Sah Mendapat Musim 2, Dendam Mizu Diteruskan!

Next Post

Ayat Al-Quran Muncul Dalam Game Marvel’s Blade – Berkaitan Plot Atau Saja-Saja?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!
Review

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!
Berita

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!

June 3, 2025
SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!
Berita

SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!

June 3, 2025
Next Post
Ayat Al-Quran Muncul Dalam Game Marvel’s Blade – Berkaitan Plot Atau Saja-Saja?

Ayat Al-Quran Muncul Dalam Game Marvel's Blade - Berkaitan Plot Atau Saja-Saja?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd