Buku maklumat rasmi bertajuk “My Hero Academia: Ultra Age: The Final Fan Book,” yang diterbitkan pada 2 Mei 2025, telah mendedahkan pelbagai maklumat menarik tentang karya popular Kohei Horikoshi.
Menandakan pengakhiran manga selama lebih sedekad, buku data ketiga dan terakhir ini meliputi bab 1 hingga 431, menawarkan pandangan mendalam tentang watak-watak utama, Quirk mereka, serta masa depan mereka. Ia turut menawarkan kandungan eksklusif yang menjawab pelbagai persoalan yang timbul selepas tamatnya manga.
Bab Khas Tambahan

Salah satu tarikan utama dalam buku ini ialah sebuah bab manga one-shot eksklusif yang berlatar selepas peristiwa penamat manga. Dalam epilog ini, Eri — kini seorang pelajar sekolah menengah rendah — datang melawat U.A. High School untuk bertemu Eraser Head dan Present Mic. Dia membawa kuih manis daru Mandalay sebagai tanda penghargaan kerana menjaga Kota.
Eri turut bertembung dengan All Might, yang kini menjawat jawatan sebagai Naib Pengetua U.A., dan menyatakan rasa kecewanya kerana tidak sempat bertemu Deku (Izuku Midoriya), yang telah dia jemput untuk menyertai persembahan jalanan bersama Kyoka Jiro (Earphone Jack).
Epilog ini juga menampilkan satu siaran berita yang memperkenalkan carta terkini Billboard Hero JP, menampilkan lima Pro Hero teratas:
- Lemillion (Mirio Togata)
- Shoto Todoroki
- Mt. Lady (Yu Takeyama)
- Deku (Hero One For All: Deku)
- Dynamight (Katsuki Bakugo), yang melonjak dari kedudukan ke-15 ke kedudukan ke-5.

Pencapaian Deku menduduki tempat keempat adalah paling mengagumkan, memandangkan dia terus berkhidmat sebagai hero walaupun sudah kehilangan kuasa One For All. Dengan bantuan sut berteknologi tinggi baharu yang dibiayai oleh Kelas 1-A — khususnya Bakugo dan All Might — Deku dapat meniru kebolehan One For All.
Sut ini, yang direka dengan teknologi canggih selama lapan tahun, malah dikatakan lebih hebat berbanding sut All Might, berfungsi sebagai prototaip untuk menggabungkan pelbagai Quirk.
Info Menarik Lain
Buku ini turut memperincikan latar belakang dan perkembangan watak, sekali gus memperkayakan lagi dunia My Hero Academia:

- Tenko Shimura (Tomura Shigaraki): Quirk asal Shigaraki sebenarnya ialah kebolehan “tolak”, mirip dengan Float, yang membolehkannya terapung. Quirk ini terserlah dalam Final War Arc menerusi lingkaran kuning All For One.
- All For One: Penjahat utama siri ini akhirnya didedahkan nama sebenarnya — Zen Shigaraki.
- Himiko Toga: Horikoshi mendedahkan bahawa Toga pada asalnya dirancang untuk terus hidup, dengan Ochaco meninggalkan picagari berisi darah untuknya. Namun, selepas berbincang dengan editor, keputusan dibuat untuk menamatkan hayat Toga. Sebaliknya, adegan kematian sementara Bakugo memang sudah dirancang dari awal.
- Agate Minou: Selepas kematian Star and Stripe (Cathleen Bate), Agate Minou tampil sebagai hero nombor satu baharu di Amerika Syarikat dengan Quirk bertajuk “Fault Line”.
- Toshinori Yagi (All Might): Selepas bersara daripada dunia hero, All Might kini bertugas sebagai Naib Pengetua U.A., meneruskan misinya membentuk generasi wira masa depan.

Perpisahan yang Sesuai

Selain pelbagai pendedahan eksklusif ini, buku data ini menjadi khazanah buat para peminat, menghimpunkan lebih 100 profil watak lengkap dengan Quirk serta teknik khas masing-masing.
Ia turut memuatkan temu bual bersama bekas editor Horikoshi, memberikan pandangan mendalam tentang proses kreatif di sebalik tabir penciptaan manga, serta ruangan soal jawab di mana Horikoshi menjawab soalan-soalan peminat dan menjelaskan pelbagai aspek naratif.
Manga one-shot yang disertakan berfungsi sebagai epilog sempurna, memberikan penutup kepada siri yang telah memikat jutaan peminat.
@gamersantaimy
Discussion about this post