Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

My Hero Academia 407: Permulaan Kisah Villain All For One Didedahkan! [SPOILER]

Maira by Maira
November 20, 2023
in Artikel, Berita, Game, Manga, Spoiler
0 0
0
My Hero Academia 407: Permulaan Kisah Villain All For One Didedahkan! [SPOILER]

Sumber: Bones

Share on FacebookShare on Twitter

Pertarungan antara Bakugo dan All For One (AFO) diberhentikan sementara untuk minggu ini kerana Horikoshi-sensei nampaknya mendedahkan beberapa perkara baru tentang antagonis itu. Nampaknya serangan Bakugo itu telah membuka memori lampau AFO. Jadi tanpa membuang masa, jom kita lihat apa yang berlaku dalam bab My Hero Academia 407.

Sumber: Bones

AMARAN! Ada spoiler My Hero Academia bab 407!

Kita diperkenalkan kepada ibu AFO dan Yoichi yang menghidap penyakit tumor misteri pada tangan kirinya. Tetapi dia tidak mengetahui langsung kandungannya itu kerana gaya hidupnya serta bayi yang menyerap tenaganya. Dia akhirnya mati setelah melahirkan All For One dan Yoichi. Sejak kecil lagi AFO dan Yoichi berbeza dengan badan AFO lebih sihat dan besar manakala Yoichi pula kelihatan kecil dan lemah. Mereka berdua akhirnya hanyut selepas berlakunya banjir di tempat mereka dilahirkan.

Selepas itu, kita didedahkan dengan berita mengenai “bayi bercahaya” dan quirk setahun selepas lahirnya AFO dan Yoichi. Perkara itu akhirnya membawa kepada penubuhan kumpulan ekstremis yang tidak menyukai kuasa tersebut. Apabila kumpulan ini bertemu AFO buat kali pertama, mereka buat keputusan untuk tidak mendekatinya tetapi AFO sendiri telah menyerang mereka menggunakan spike quirk yang diambil daripada ibunya. Nampaknya sejak bayi lagi AFO sudah tamak kepada kuasa dan memandang dunia itu seperti miliknya sahaja.

Sumber: Manga Plus

Selang tiga tahun, berita mengenai hero yang merupakan bayi bercahaya telah tersebar melalui radio. Sementara itu, Yoichi sedang membaca komik dan memberitahu AFO bahawa dia teringin menjadi seperti Captain Hero, watak dalam komik tersebut. Walaupun banyak perkara buruk yang dilakukan oleh AFO, Yoichi masih percaya bahawa abangnya itu mempunyai kebaikan dalam dirinya.

Namun begitu, kepercayaannya itu musnah selepas AFO membunuh “bayi bercahaya” itu dan mengambil quirknya. Apabila ditanya mengapa dia buat begitu, All For One menyebut ayat yang sering keluar dalam komik, “All For One” dan “One For All”, di mana hero akan bertarung seorang diri secara rahsia, manakala villain pula memerintah dengan kekejaman. Memandangkan Yoichi ingin menjadi hero, AFO pula mengambil peranan sebagai villain dan ingin mencipta dunia yang wujud untuknya.

Sumber: Manga Plus

Bab berakhir dengan detik di mana pengguna One For All kedua, Kudou menyelamatkan Yoichi daripada AFO. Dia pelik mengapa Yoichi meninggalkannya walaupun dia telah memberikan kuasanya. Sambil adiknya itu berlari, AFO nampaknya telah memotong tangan Yoichi untuk menghentikannya.

Sumber: Manga Plus

Tidak peliklah mengapa AFO berasa terkilan dengan Bakugo dalam bab yang lalu. Kita sendiri tahu bagaimana Yoichi dan Kudou tumpas selepas itu. Mesti ada benda menarik lain yang akan didedahkan dalam bab akan datang.

Anda boleh baca bab penuh My Hero Academia 407 menggunakan aplikasi dan laman web Manga Plus. Untuk mendapatkan berita menarik tentang manga, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: MHA407My Hero AcademiaMy Hero Academia 407
ShareTweetSend
Previous Post

Anime ‘Tower of God Season 2’ Akan Tayang Pada Julai 2024

Next Post

Carta Organisasi ‘Straw Hat Grand Fleet’ – Ahli & Rakan Di Bawah Luffy!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Carta Organisasi ‘Straw Hat Grand Fleet’ – Ahli & Rakan Di Bawah Luffy!

Carta Organisasi 'Straw Hat Grand Fleet' - Ahli & Rakan Di Bawah Luffy!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd