Dengan peperangan antara Hero dan Villain masih berterusan, pembaca manga mesti tidak sabar-sabar untuk melihat kesudahannya. Tetapi ianya masih lagi jauh kerana masih banyak perkara lagi yang belum terjawab antaranya pertarungan antara Dabi dan Shoto. Pertarungan antara Shigaraki dan hero yang lain pun bukan biasa-biasa. Malah sesuatu yang lebih mengejutkan telah berlaku. Nampaknya salah seorang watak penting telahpun kecundang dalam bab 362 My Hero Academia sampai ramai peminat mula membuat pelbagai spekulasi.

AMARAN! Ada spoiler manga My Hero Academia bab 362 di bawah!
Dengan Deku yang kini berusaha untuk tiba ke tempat pertarungan hero bersama Shigaraki, kita telah lihat Big Three UA bekerjasama untuk menumpaskan Shigaraki, tetapi malangnya serangan mereka tidak berkesan. Bakugou yang telahpun cedera parah sekali lagi bangkit untuk melawan Shigaraki. Best Jeanist ingin menghalangnya tetapi tidak sempat.

Bakugou yang telah meramalkan serangan Shigaraki, telah membuatkan Shigaraki sendiri terkejut dan mula panik. Quirknya juga nampaknya telah berubah ke tahap yang lebih tinggi tetapi itu semua masih belum mencukupi untuk mengalahkan Shigaraki. Walaupun semua hero berusaha untuk menghalang serangan hebat villain itu, malangnya Bakugou telah mendapat serangan terus ke dada, meninggalkan lubang pada jantungnya. Kini, Bakugou berlumuran darah dan tidak lagi bergerak.

Dengan pengakhiran bab begitu, ramai peminat pasti bahawa Bakugou telah mati tetapi ada juga yang masih percaya bahawa dia masih ada peluang untuk hidup. Lebih-lebih apabila mengetahui Deku dalam perjalanan ke sana. Selalunya cerita shounen mesti ada “nakama power” yang akan membantu watak-watak ini. Tetapi tidak tahu lagi jika Horikoshi-sensei ada kejutan lain pula selepas ini.

Minggu depan juga tiada bab terbaru. Jadi peminat sekarang ini rasa tidak senang duduk kerana ingin tahu apa yang terjadi kepada Bakugou. Adakah dia betul-betul mati atau masih ada peluang untuknya hidup lagi. Apa pula pendapat anda mengenainya? Boleh kongsikannya di ruang komen.
Anda boleh melawat MangaPlus untuk membaca bab terbaru manga ini. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai My Hero Academia daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post