Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[ My Hero Academia 350 ] Latar belakang penuh Dabi didedahkan! *SPOILER*

Maira by Maira
April 12, 2022
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
[ My Hero Academia 350 ] Latar belakang penuh Dabi didedahkan! *SPOILER*
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas seminggu ditunda, akhirnya bab terbaru yang dinantikan oleh ramai peminat telah pun dilepaskan. Antara sebab kenapa ramai yang menunggu bab ini ialah Dabi akan menceritakan kisah lalunya selepas terlibat dengan kemalangan semasa kecil. Shoto juga ada bertanya mengapa dia tidak pulang ke rumah walaupun dia terselamat daripada musibah itu. Segala jawapan terletak pada bab 350 My Hero Academia ini.

AMARAN! Terdapat spoiler bab 350 manga My Hero Academia.

Kita sedia tahu Touya telah terlibat dalam kemalangan kebakaran di Gunung Sekoto. Kerana tidak mahu mati dan ingin membuktikan dirinya kepada Endeavor, Touya menggunakan keseluruhan tenaganya untuk terlepas daripada kebakaran itu. Ketika itulah, Touya yang hampir terbakar sepenuhnya telah diselamatkan oleh seorang lelaki bersut hitam, All For One.

Selepas itu, Touya telah menerima rawatan di sebuah tempat misteri yang dihiasi dengan pelbagai hiasan kanak-kanak. Dia juga bukanlah berseorangan di tempat itu kerana ramai lagi kanak-kanak lain disitu. Rupa-rupanya sudah tiga tahun Touya telah berada di situ kerana koma. Selepas bangun, Touya ingin keluar dari tempat itu untuk berjumpa dengan keluarganya tetapi telah dihalang. Dia yang ingin keluar secara paksa telah menghentikan niatnya apabila mendengar suara seseorang. Suara itu berkata bahawa badan Touya sebenarnya sangat susah untuk dipulihkan dan memerlukan bahagian badan orang lain untuk tampal pada badannya.

Disebabkan itulah, Touya tidak mampu menggunakan kuasanya sepenuhnya. Dia sedar perkara ini akan merenggangkan lagi hubungan dengan bapanya. Suara itu lagi sekali berkata bahawa jika Touya tinggal di tempat itu, mungkin tubuhnya akan kembali kepada keadaan asal. Dia terima untuk tinggal di situ tetapi setelah dirinya stabil, dia telah melarikan diri untuk pulang ke rumahnya. Tetapi lain pula terjadi setelah dia tiba di sana.

Touya yang berharap keadaan keluarganya berubah setelah tiga tahun telah dikecewakan apabila dia melihat latihan keras yang dikenakan padanya berlaku pada Shoto. Dia kini tahu bahawa bapanya itu tidak akan menerimanya yang dalam keadaan lemah. Lalu, dia pergi untuk berlatih. Semasa berlatih, badannya perlahan-lahan terbakar yang menjadikan keadaan badannya seperti sekarang. Selama itu jugalah Touya melihat Endeavor dan semakin benci terhadap bapanya itu. Maka terbunuhlah Touya dan lahirnya Dabi waktu itu.

Nampaknya kita akan lihat pertarungan hebat antara adik-beradik Todoroki pada bab yang akan datang. Tetapi lambat lagi bab itu akan keluar sebab manga ini ditunda lagi pada minggu ini. Kalau anda ingin membaca bab 350 My Hero Academia ini, boleh pergi ke MangaPlus. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai My Hero Academia, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DabiMy Hero AcademiaSpoiler
Previous Post

Pemain kedua terbaik Call of Duty: Vanguard kantoi menggunakan cheat

Next Post

[Review] Destiny 2 DLC – The Witch Queen datang membawa keunikan baru!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
[Review] Destiny 2 DLC – The Witch Queen datang membawa keunikan baru!

[Review] Destiny 2 DLC - The Witch Queen datang membawa keunikan baru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd