My Hero Academia bukan sahaja tertumpu pada Hero sahaja tetapi begitu juga pada Villain yang juga memainkan peranan dalam perang besar antara kedua belah pihak ini. Peminat juga ramai yang berbelah bahagi antara mereka kerana kumpulan villain juga mempunyai watak-watak yang menarik. Lebih-lebih Dabi dan Koga yang telah memulakan langkah mereka dalam pertarungan baru ini. Dalam bab 349 My Hero Academia, nampaknya kita akan lihat interaksi antara kedua adik beradik Todoroki ini.

Amaran! Spoiler bab 349 manga My Hero Academia!
Kedua-dua Dabi dan Shoto telah power up sepenuhnya dan saling berbalas pukulan antara satu sama lain. Hero-hero lain pula sedang berlawan dengan Nomu yang masih lagi boleh berdiri.
Iida cuba untuk membantu Shoto tetapi disebabkan api yang kuat, ia agak berbahaya memandangkan boot miliknya dipenuhi dengan minyak enjin. Dabi yang berdiri di patung All Might agak kecewa apabila Shoto dan hero lain yang muncul dan bukanlah bapanya, Endeavour. Dia menjerit kepada Shoto bahawa dia telah dimanipulasi oleh bapa mereka. Tetapi Shoto tidak kisah mengenainya dan mengatakan bahawa dia datang dengan pilihannya tersendiri. Dia juga kata bahawa dia ingin hentikan segala perbuatan Dabi.

Dabi akhirnya menceritakan lebih lanjut mengenai matlamat villain yang berbeza dan ini membuatkan Shoto bertanya mengapa Dabi tidak pulang ke rumah selepas kejadian yang menimpanya. Mendengar soalan Shoto, Dabi mula meningkatkan lagi kekuatan apinya sambil ketawa. Tetapi api yang kuat itu membuatkan mukanya kehilangan kulit, mendedahkan mukanya yang agak teruk.

Nampaknya kita boleh nantikan latar belakang Dabi pada bab akan datang. Dengan Dabi yang membuka penuh kuasanya, berkemungkinan besar juga Dabi tidak akan bertahan lama dalam peperangan ini. Tetapi kisah disebalik kewujudan “Dabi” sememangnya persoalan yang berlegar dalam kalangan peminat siri ini. Tunggu sahajalah bab seterusnya minggu depan.
Anda boleh membaca bab My Hero Academia 349, di MangaPlus secara percuma. Kesemua bab manga juga tersedia melalui aplikasinya. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai My Hero Academia, sila klik pautan ini.
Sumber: Mangaplus
@gamersantaimy
Discussion about this post