Pejam celik pejam celik akhirnya musim ke-10 berlalu begitu sahaja di PUBG Mobile. Jadi macam mana korang semua? Sempat habiskan misi-misi RP tak? Kalau tak sempat tu, buat-buatlah simpan duit dulu rehat dari misi RP ye! Tapi yang mana geram sangan dengan musim ke-11 yang akan datang bermula 10 Januari ini, bersiap sedia kerana dunia tema ala-ala Cyberpunk menanti anda!
Macam biasa beberapa kebocoran maklumat yang kami dapatkan untuk setiap musim terutama dari Youtubers Mr.Ghost Gaming. Setiap kebocoran yang dikongsikan beliau kebanyakan nya adalah betul. Jadi kami akan kongsikan hari ini apa yang bakal hadir dalam musim ke-11 PUBG mobile ini.
Musim ke-11 ini akan diberikan nama “Operation Tommorow” dengan tema ala-ala Cyberpunk dan baju, skin, serta pelbagai barangan lain yang pasti akan menarik perhatian anda semua.
Bengkel kenderaan pula akan tersedia juga beberapa skin baru untuk motosikal yang digelar ‘Roaring Tiger’ dimana boleh di upgrade sehingga tiga peringkat sama seperti skin UAZ sebelum ini. Tidak terlupa juga untuk skin pakaian dari pembelian RP! Seperti dalam galeri anda lihat diatas, terdapat pelbagai pakaian ala-ala futuristik tersedia terutama dapat dilihat ditopengnya. Juga terdapat kostum beruang polar yang sangat comel dan yang ini masih tidak dapat kepastian antara bawah misi RP ataupun di crate. Skin helmet dan beberapa senjata yang lain turut menarik perhatian kami.
Mod Domination
Musim terbaru ini dikatakan akan ada tambahan lagi didalam mod EvoGrounds yang dinamakan Domination. Domination akan berada didalam peta baru bernama ‘Town’, dan mod ini sama seperti Call of Duty Mobile dimana anda dan skuad anda perlu menangkap kawasan yang ditentukan (ditanda A,B,C) dan pertahankan selama mungkin. Tiada sebarang kematian terhad atau respawn terhad dalam mod ini. Peta terbaru ini nampak sangat menarik dan terdapat mata akan diberikan pada pemain.
Dan yang terakhir~
Sebagai tambahan didalam PUBG Mobile musim ke-11, terdapat emote MVP terbaru dimana watak anda akan beraksi ala-ala mengambil selfie. Sebelum ini juga pernah dinyatakan bahawa akan ada snowbike di Vikendi untuk menggantikan motor biasa, juga ‘Riot Shield’ akan ditambah di mod EvoGrounds juga. Tapi yang ini masih belum mendapat kepastian lagi.
Apa lagi anda semua sudah bersedia untuk musim terbaru PUBG Mobile yang dijadualkan hadir 10 haribulan ini? Jangan lupa untuk kejar tier Conquerer anda dan selesaikan kesemua misi RP anda okay!
Sumber: Mr.GhostGaming

@gamersantaimy
Discussion about this post