Bleach bakal kembali, dan rasanya ramai peminat tidak sabar untuk melihat bagaimana musim finale ini membuat comeback selepas sedekad mendiamkan diri. Melalui acara Anime Expo semalam, pihak studio Pierrot telah mengeluarkan trailer dan poster terbaru untuk musim finale Bleach: Thousand-Year Blood War.
Korang boleh tonton di sini:
Seperti yang korang boleh lihat di atas, trailer ini mempamerkan beberapa adegan “teaser” dari anime di mana kita dapat melihat Ichigo beraksi sambil ditemani oleh rakan-rakan Shinigami-nya termasuk Kuchiki Rukia, Abarai Renji, Zaraki Kenpachi dan lain-lain. Musim baru mestilah bermakna orang jahat baru, tetapi ramai pembaca manga pasti tahu yang penjahat ini adalah antara musuh paling hebat mereka pernah bertemu seumur hidup.

Selain Shinigami, trailer juga memfokuskan pada Yhwach, the Quincy King yang telah dikurung selama lebih 900 tahun dan kumpulannya, Sternritter. Kali ini, mereka adalah antagonis utama tetapi al kisahnya akan didedahkan dengan lebih mendalam apabila musim finale Bleach ditayangkan pada Oktober 2022.
Semasa panel langsung di Anime Expo, pencipta Kubo Tite sekali lagi mengesahkan bahawa anime finale akan menampilkan adegan dan unsur jalan cerita baru yang dia tidak dapat masukkan dalam versi manga.

Anime Bleach asalnya berlangsung daripada 2004 hingga 2012 tetapi terpaksa menamatkan siaran sebelum dapat mengadaptasikan semua bab daripada manga, yang menerbitkan bab terakhir pada tahun 2016. Selepas menunggu sekian lama, akhirnya adaptasi Thousand-Year Blood War diumumkan pada tahun 2020.
Pada tahun 2021, Kubo menerbitkan bab baru untuk siri manga Bleach, bertajuk “No Breaths from Hell.” Asalnya ia dipromosikan sebagai one-shot (bab tunggal) untuk meraikan ulang tahun ke-20 siri. Selepas membaca, ramai peminat terkejut apabila mendapati bahawa bab itu sebenarnya adalah prolog untuk kisah baru bagi Ichigo dan kawan-kawan.
Malangnya, Kubo Tite dan Shueisha sehingga hari ini tidak mendedahkan langsung sebarang maklumat tentang adaptasi siri sekuel penuh.

Apa pendapat korang tentang trailer Bleach di atas? Teruja tak untuk tonton Ichigo sekali lagi? Jom kongsi pendapat di ruang komen! Untuk baca segala liputan kami tentang Bleach, sila tekan pautan ini.
Sumber – YouTube
@gamersantaimy
Discussion about this post