Sekarang sudah senang untuk tengok anime, malah ada juga saluran rasmi Youtube yang menyediakan siri anime untuk tontonan ramai. Tetapi janganlah sampai menyusahkan orang lain pula. Kalau anda ingin tahu, saluran Youtube Muse Asia telah digodam. Bukan setakat itu sahaja, namanya juga ditukar menjadi “Etherium 2.0”. Jom kami ceritakan kepada anda!

Semalam elok ramai yang nak tengok anime di Muse Asia perasan bahawa saluran tersebut telah kena godam malah banyak juga video siri anime yang telah dipadam. Bukan setakat saluran Muse Asia sahaja yang kena tetapi Muse Indonesia juga terkesan. Agak lama juga untuk pihak Muse Asia untuk kembalikan saluran tersebut seperti biasa.
Buat masa ini, pihak mereka sedang bertungkus lumus untuk kembalikan semula saluran tersebut supaya peminat anime boleh melayan anime seperti biasa. Malah mereka juga berterima kasih dengan sokongan daripada peminat dan komuniti mereka.
Untuk anda yang tidak mengenali saluran anime ini, ia merupakan pengedar anime yang berpangkalan di Sunny Singapore. Syarikat inilah yang membawa pelbagai kandungan anime untuk peminat di negara Asia dan Eropah. Kalau anda berminat untuk menonton anime dengan sari kata Bahasa Melayu, terdapat saluran Muse Malaysia yang menyajikan pelbagai siri anime terbaru.

Nak tengok di Muse Asia juga tidak memerlukan anda untuk menjadi ahli seperti saluran lain. Segalanya percuma. Untuk musim terbaru ini, antara siri yang ditayangkan di saluran tersebut ialah Spy X Family bahagian 2, Mob Psycho 100 III, Welcome to Demon School! Iruma-kun S3 dan Legends of Mana – The Teardrop Crystal. Anda juga boleh menonton anime tokusatsu, FUUTO PI di saluran ini.

Ada banyak lagi platform rasmi yang anda boleh gunakan untuk tengok anime kalau perkara seperti ini terjadi lagi. Apa pun, harap-harap Muse Asia dapat berjalan seperti biasa semula.
Untuk mendapatkan segala liputan mengenai anime daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post