Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

MultiVersus Nampaknya Sukses Besar di Steam

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 30, 2024
in Artikel, Berita, Epic Store, Fighting, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
MultiVersus Nampaknya Sukses Besar di Steam
Share on FacebookShare on Twitter

Kepulangan MultiVersus nampaknya telah menyaksikan kejayaan besar, di mana jumlah pemain serentak di Steam telah mencatatkan lebih 100,000 orang yang menyertai versi baharu.

Kredit: SteamDB

Seperti yang dilaporkan oleh SteamDB, MultiVersus dilancarkan semula secara rasmi pada 28 Mei dan kepulangan game itu menyaksikan kejayaan yang setanding dengan ujian beta. SteamDB mengesahkan bahawa MultiVersus mempunyai kiraan pemain serentak maksimum yang mengagumkan iaitu 114,515 pemain selepas pelancaran semula.

Merupakan game “2D side-scrolling platform fighter”, MultiVersus mengikuti formula Super Smash Bros, di mana ia menghimpunkan pelbagai jenis watak daripada pelbagai IP Warner Bros ke dalam satu game.

Kredit: Warner Bros. Games

Versi relaunch mengenalkan tiga watak baharu iaitu The Joker dari DC, Banana Guard dari Adventure Time dan Jason Voorhees dari Friday the 13th, dengan lebih ramai lagi akan datang.

Di samping tiga watak yang disebutkan tadi, MultiVersus mendedahkan bahawa satu lagi watak baharu akan datang ke dalam game dalam masa terdekat, iaitu Agent Smith dari The Matrix. Launch trailer MultiVersus turut mengusik lebih ramai watak lain yang tiada dalam game, seperti Samurai Jack dan Harry Potter.

Watak baharu bukanlah satu-satunya perkara yang MultiVersus bawa dengan pelancaran semula ini, ia juga menambahkan beberapa peringkat baharu, termasuk dunia Dexter’s Laboratory dan The Powerpuff Girls, serta game mode PvE baharu

Bukan itu sahaja, pemain yang kembali daripada open beta MultiVersus juga akan menerima ganjaran istimewa, di mana pemain lama akan menerima Season 1 Battle Pass secara percuma dan kosmetik eksklusif.

Kredit: Warner Bros. Games

Selain Steam, MultiVersus juga dilancarkan untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC melalui Epic Games Store.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: MultiVersussteam
ShareTweetSend
Previous Post

Nikke Coin Rush Cafe Akan Dibuka Di Malaysia, Jom Jumpa Awek Bunny!

Next Post

Reviu Ghost of Tsushima PC – Buka Potensi Samurai Ke Tahap Lebih Tinggi

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!
Review

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!
Berita

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!

June 3, 2025
SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!
Berita

SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!

June 3, 2025
Next Post
Reviu Ghost of Tsushima PC – Buka Potensi Samurai Ke Tahap Lebih Tinggi

Reviu Ghost of Tsushima PC - Buka Potensi Samurai Ke Tahap Lebih Tinggi

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd