Sebuah lagi permainan baru untuk PlayStation 5 akan tiba dengan judulnya, Rogue Company pada 30 Mac ini. First Watch Games, pembangun dan penerbit permainan, Hi-Rez Studios mengumumkan permainan taktikal multiplayer shooter akan hadir ke konsol Sony next-gen.
Rogue Company adalah permainan third-person, team-based shooter. Pemain dapat bertarung antara satu sama lain dalam mod yang berbeza, menggunakan pelbagai pilihan watak. Setiap hero mempunyai keistimewaan dan kekuatan mereka tersendiri yang sesuai dengan gaya individu pemain. Awal bulan ini, pasukan pembangun mereka telah melancarkan watak baru iaitu Seeker.
Tambahan pula, permainan ini siap sedia untuk menyertai konsol PlayStation next-gen bersama beberapa peningkatan. Akaun Twitter Rogue Company menyatakan selain dari kemas kini permainan, ianya juga akan dilancarkan dengan beberapa peningkatan visual termasuk mod resolusi 4K yang akan berjalan pada 60 FPS atau 120 FPS. Namun, belum ada berita mengenai permainan ini juga akan memiliki sistem cross-play.
We're excited to announce that Rogue Company is coming to @PlayStation 5 on March 30!
Launching with a 4K resolution mode running at 60 FPS utilizing improved visuals and a 4K resolution mode running at 120 FPS – next generation operations are ready for our #PS5 players. pic.twitter.com/eXvBt5p4H7
— Rogue Company (@RogueCompany) March 26, 2021
Di dalam tweet tersebut, mereka juga menjawab beberapa pertanyaan mengenai pemain PS4 yang akan memindahkan fail mereka ke PS5. Pemain dengan akaun PS4 Rogue Company akan dapat meneruskan permainan mereka, dan ianya percuma pada masa peningkatan ini. Seperti keluaran konsol sebelumnya, Rogue Company juga percuma untuk semua pemain PS5 baru bermain. Buat masa ini, Rogue Company belum lagi mengesahkan yang ia akan menyokong ciri DualSense seperti haptic feedback dan adaptive triggers.
Rogue Company kini tersedia di PC, PS4, Switch, Xbox One, dan Xbox Series X / S. Manakala peningkatan PS5 untuk Rogue Company akan keluar pada 30 Mac 2021. Anda boleh layari laman web rasmi permainan dengan menekan pautan ini untuk mengetahui maklumat lebih lanjut.

@gamersantaimy
Discussion about this post