SQUARE ENIX dan DeNA Co., Ltd., hari ini mengumumkan bahawa DRAGON QUEST The Adventure of Dai: A Hero’s Bonds, kini tersedia di seluruh dunia di Android dan iOS. Berdasarkan siri anime terkenal DRAGON QUEST The Adventure of Dai, game ini merupakan spin-off dari siri DRAGON QUEST popular dari SQUARE ENIX dan memperkenalkan gameplay “Team Action RPG” untuk peranti mobile serta sistem pertempuran dinamik dan mekanik RPG yang mendalam.
Sebuah treler baru telah diumumkan sebentar tadi yang memaparkan serba sedikit tentang gameplay dan pilihan customization:
Berikut adalah antara kandungan yang ada kalau korang muat turun game ini sekarang:

Watak Avan dan Hyunckel: Pemain dapat menambahkan watak-watak ini ke pasukan mereka melalui acara yang berbeza.
- Dalam quest “The Hero Tutor Returns!”, pemain dapat bekerjasama dengan Avan dalam pakaian “Dermline Island” bermula sekarang hingga 27 November 2021.
- Acara “Action is Virtue: The Solitary Swordsman” akan membolehkan pemain untuk bekerjasama dengan Hyunckel (anak murid kepada Avan) bermula 30 September 2021 hingga 13 Oktober 202. Acara ini menampilkan item 4★ Dark Armour Blade yang membolehkan pemain menggunakan ski istimewa Bloody Scryde.
Launch Celebration Treasure Hunt: Pemain berpeluang mendapatkan peralatan untuk skil istimewa Avan Strash dalam Launch Celebration Treasure Hunt, yang tersedia bermula sekarang hingga 14 Oktober 2021.
Ganjaran Pra-Pendaftaran: Untuk meraikan kejayaan mencapai 1.5 juta pra-pendaftaran, 3,000 gem (cukup untuk 10x Treasure Hunt) akan diagihkan kepada semua pemain.
- Gem dan barang-barang lain boleh digunakan di Treasure Hunt untuk mendapatkan senjata dan perisai. Beberapa senjata dilengkapi dengan skil atau abiliti istimewa yang diperoleh bersama dengan senjata tersebut.
- Gem juga dapat digunakan untuk menambah stamina. Hadiah “Terima kasih” sebanyak 3,000 gem juga akan diagihkan kepada semua pemain, yang bermaksud pemain dapat memperoleh hingga 6,000 gem (cukup untuk 20x Treasure Hunt) hanya dengan log masuk.
- Hadiah ini boleh dituntut dalam masa 30 hari dan boleh didapati dari sekarang hingga 31 Oktober 2021.
Bonus Login Seharian: Untuk meraikan pelancaran permainan, pemain yang log masuk setiap hari pada tujuh hari yang berbeza dari sekarang hingga 14 Oktober 2021 dapat memperoleh hingga 3,000 gem.

Jangan lupa untuk muat turun DRAGON QUEST The Adventure of Dai: A Hero’s Bonds sekarang di Android atau iOS. Untuk maklumat lebih lanjut tentang permainan, sila tekan pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post