Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

MTG — Pengenalan Play Boosters Pada Set Murders at Karlov Manor! Akan Tersedia pada 9 Februari 2024!

Maira by Maira
February 6, 2024
in Artikel, Berita, Game, Trading Card Game
0 0
0
MTG — Pengenalan Play Boosters Pada Set Murders at Karlov Manor! Akan Tersedia pada 9 Februari 2024!

Kredit: Chris P Lim

Share on FacebookShare on Twitter

Wizards of the Coast bakal melancarkan Murders at Karlov Manor (#MTGKarlov) versi tabletop pada 9 Februari 2024, set terbaharu game trading card terkemuka dunia, Magic: The Gathering (MTG). Acara pra-pelancaran yang telah diadakan di stor-stor Wizards Play Network di seluruh negara bermula 2 Februari bakal menawarkan pemain peluang pertama untuk bermain kad-kad itu.

Kredit: Chris P Lim

Melalui pelancaran itu, Wizards of the Coast Southeast Asia (SEA) memberikan kisah misteri pembunuhan original untuk diselesaikan oleh penyiasat yang perlu bekerjasama. Misteri itu tersimpan dalam acara preview pelancaran set itu yang bertukar drastik. Bermula 5 Februari 2024, cebisan-cebisan misteri itu dipersembahkan sebagai pertandingan dalam talian di laman Facebook dan Instagram Wizard of the Coast, dengan hadiah untuk dimenangi oleh pemain-pemain di Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina.

Misteri itu menampilkan para pelakon Asia yang berbakat antaranya pelakon wanita yang memenangi anugerah, Jo Tan, Edward Choy, Feroz Jaan Malik, Tiara Yap dan Tysha Khan.

Murders at Karlov Manor bertempat di bandar Ravnica. Set yang bertemakan detektif itu mengimbau kisah klasik pembunuhan misteri ketika pemain menyiasat siri pembunuhan kejam yang dikaitkan dengan konspirasi yang lebih besar. Dengan teka-teki yang menarik dan petunjuk kriptik untuk dikumpul, Murders at Karlov Manor juga ialah set pertama MTG yang memperkenalkan Play Boosters, cara baharu untuk bermain.

Maklumat Kes

Sebuah rentetan pembunuhan telah menimpa Karlov Manor dan golongan elit Ravnica menjadi sasaran. Ketika bandar itu sedang terjerumus ke arah kekacauan, hanya yang terbaik dan pintar boleh menyelesaikan kes yang lebih rumit daripada apa yang dilihat pada awalnya. Terdesak untuk menyelesaikan misteri dan meredakan kemarahan antara “Guild”, Agensi Penyiasatan Magikologi mengarahkan detektif paling pintar, Alquist Proft, Kaya si Ghost-Assassin dan Fae muda, Kellan, untuk menyiasat dan mendedahkan pembunuh sebenar dalam kalangan kumpulan suspek ikonik dan penuh ragam.

Petunjuk #1: Perkenalan Play Boosters

Julung kali diperkenalkan semasa pelancaran Pembunuhan di Karlov Manor ialah Play Boosters baharu tersedia buat kali pertama. Menggabungkan kebolehmainan Draft Boosters dengan pengalaman membuka pek yang menyeronokkan bagi Set Boosters, Play Boosters menawarkan gabungan gameplay dan koleksi yang memuaskan. Dengan peluang untuk mendapatkan Rares dan Mythic Rares tambahan, booster baharu ini adalah suspek nombor satu bagi pemain yang ingin menikmati pengalaman bermain yang Limited.

Kredit: Wizards of the Coast

Suspek

Dengan adanya penyiasat terhebat Ravnica menguruskan kes tersebut, Murders at Karlov membawa rangkaian mekanisme baharu untuk membantu pemain membongkar misteri. Bagi pemain yang mahukan pendekatan yang inkognito, Disguise membolehkan kad diletakkan secara terbalik sebagai makhluk nirwarna 2/2 beserta Ward.

Kad makhluk dengan mekanisme Disguise boleh diletakkan dengan muka di atas pada bila-bila masa dengan membayar kos disguise yang unik untuk setiap kad. Jika makhluk itu dilabelkan Suspected untuk satu-satu jenayah, ia semakin mengancam dan tidak boleh dihalang selagi mana ia kekal menjadi suspek.

Satu kemahiran penting bagi mana-mana detektif, Collect Evidence membabitkan pengasingan sejumlah kad daripada ‘graveyard’ dengan gabungan nilai ‘mana’ yang sama atau lebih besar daripada nilai khusus untuk mengaktifkan kesan unik. Akhir sekali, Murders at Karlov Manor juga memperkenalkan Cases. Satu olahan baharu untuk ‘Enchantments’, Cases menawarkan syarat-syarat unik untuk dipenuhi pemain supaya ia dapat “diselesaikan”, mendapat kesan tambahan — dan para pemain semakin hampir untuk merungkai siapakah pembunuh itu!

Senjata Detektif

Berteraskan misteri detektif, Murders at Karlov Manor mencerminkan lokasi Ravnica yang mewah dan rahsia yang menarik dengan gaya frame yang mengagumkan. Daripada sentuhan Showcase Magnified yang menarik perhatian dan menawarkan pandangan yang lebih dekat kepada petunjuk dan suspek, kepada sentuhan Ravnica City yang hebat untuk ketua “guild”, pemain boleh membina dek yang elegan dan bergaya untuk diperagakan kepada rakan detektif mereka.

Kredit: Wizards of the Coast

Full-Art Impossible Lands boleh dikumpul, menggambarkan ekumenopolis Ravnica yang menakjubkan menerusi landskap bandar yang berteraskan warna.

Bagi mereka yang mencari fakta, Showcase Dossiers memberikan profil semua karakter dan paling penting sekali, suspek-suspek yang ada. Rahsia-rahsia lain boleh didedahkan dalam Invisible Ink Dossiers, dengan tulisan tangan tersembunyi dicoretkan pada kad yang jarang ditemui ini.

Kredit: Wizards of the Coast

Turut sama memberi cabaran ialah pencarian kad-kad Serialised Ravnica City yang tersedia hanya untuk Collector Boosters, dengan foil pelangi berganda menumpukan kehebatan pemimpin-pemimpin guild Ravnica. Sentuhan tanpa frame kembali dalam edisi ini dan tersedia untuk Play Booster dan Collector Boosters.

Magic: The Gathering: Murders at Karlov Manor didatangkan bersama Play Boosters, Collector Boosters, Commander Decks, Pek Prapelancaran, Bundles dan Gift Bundles. Anda boleh lawati laman web rasmi untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Magic The Gathering daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Magic The GatheringMTGMurders at Karlov Manor
ShareTweetSend
Previous Post

Honkai Star Rail: Black Swan — Berbaloi Atau Tidak Untuk Pull? [Panduan Build]

Next Post

Honkai: Star Rail Kembali Dengan Acara Offline Baharu di Malaysia! Bermula 6 Februari 2024!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Borderlands 2 & Deathloop Percuma di Steam & Epic Games – Jimat Lebih RM200!
Game Percuma

Borderlands 2 & Deathloop Percuma di Steam & Epic Games – Jimat Lebih RM200!

June 6, 2025
Next Post
Honkai: Star Rail Kembali Dengan Acara Offline Baharu di Malaysia! Bermula 6 Februari 2024!

Honkai: Star Rail Kembali Dengan Acara Offline Baharu di Malaysia! Bermula 6 Februari 2024!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd