Cuti sekolah pun hampir tiba, jadi mesti ramai yang ternanti-nantikan untuk meluangkan masa bersama keluarga tidak kiralah melancong ataupun bermain game beramai-ramai. Sempena dengan itu, MSI akan mengadakan roadshow besar-besaran yang dipanggil Family Week bermula pada 6 – 12 Jun 2022 di Mid Valley, Kuala Lumpur. Roadshow itu akan bertempat di East Atrium, khas untuk acara ini serta untuk keluarga meluangkan masa bersama.
Selain itu, sudah tentu ada promosi yang akan dijalankan sepanjang roadshow oleh MSI. Pelanggan boleh membeli produk MSI yang mereka ingini, di mana produk tersedia khas untuk gamer yang memerlukan pengalaman gaming high-end, pencipta kandungan yang artistik serta untuk mereka yang mahukan prestasi bisnes yang produktif.

Promosi ini akan menawarkan potongan harga sehingga RM 3000 dan beberapa hadiah bundle eksklusif MSI secara percuma. Terdapat juga Microsoft 365 Personal ESD bernilai RM 279 percuma untuk pelanggan. Jadilah produktif dengan penciptaan kandungan MSI dan penawaran produktiviti perniagaan serta nikmati masa berkualiti bersama keluarga anda sambil bermain bersama!
Bukan setakat itu sahaja, keluarga yang hadir bersama kanak-kanak boleh berseronok di zon aktiviti dengan permainan yang dipanggil “Giant Snake Ladder”. Jadi sambil kanak-kanak bermain, ibu bapa boleh meluangkan masa untuk memilih komputer yang menarik perhatian mereka.
Apa tunggu lagi, boleh tandakan tarikh roadshow MSI ini di kalendar masing-masing! Anda juga boleh ikuti Facebook dan Instagram MSI Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai roadshow ini. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai produk MSI, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post