Berikutan dengan acara Computex 2023, MSI kini mengumumkan beberapa laptop baharu malah lebih eksklusif dengan kolaborasi bersama Mercedes-AMG. Jom kita lihat satu per satu laptop yang diumumkan semasa di Computex 2023!
Stealth 16 Mercedes-AMG Motorsport

Kolaborasi antara MSI dan Mercedes-AMG menampilkan laptop MSI Stealth 16 yang dilengkapi dengan Intel Core i9 Gen-13 bersama GPU NVIDIA GeForce RTX 40 Series. Edisi terhad ini turut menerima upgrade pada bahagian skrin di mana ia menawarkan panel 4K OLED. Pelbagai item yang akan disertakan dalam Pek Bundle Premium eksklusif, iaitu mouse, mouse pad, USB Drive dan pouch.
Creator Z17 HX Studio

Creator Z17 HX Studio telah menjadi tumpuan sekali lagi dalam Computex tahun ini kerana memenangi Anugerah Pilihan Terbaik (Best Choice Award). Dilengkapi dengan Intel Core i9 HX Gen-13 dan NVIDIA Studio, ia telah menjadi laptop creator paling nipis yang menawarkan Intel HX.
Commercial 14

Laptop MSI Commercial 14 mempunyai NFC dan Built-in Smart Card Reader. Kedua-duanya menyediakan satu lagi lapisan pengesahan identiti dan boleh disesuaikan mengikut keperluan. Commercial 14 juga mempamerkan sumbangan MSI kepada perlindungan alam sekitar di mana bahagian keyboard laptop ini telah diperbuat daripada bahan PCR (Post-Consumer Recycled), dan lebih 90% pembungkusan terdiri daripada kertas kitar semula.
Alpha 17

Alpha 17 yang diperbaharui didatangkan dengan AMD Ryzen 7045 HX Dragon Range bersama NVIDIA GeForce RTX 40. Salah satu peningkatan yang paling kerap berlaku ialah Alpha 17 yang menggunakan Qualcomm® FastConnect™ 7800 Wi-Fi 7 pertama di dunia. FastConnect 7800 membawa prestasi Wi-Fi 7 dengan kelajuan puncak sehingga 5.8 Gbps dengan latency serendah 2 milisaat. MSI juga menampilkan panel QHD 240Hz dalam Alpha 17.
Prestige 16

Prestige 16 yang diperbaharui ini menampilkan casis aloi magnesium yang mampu menjadikan berat laptop ini hanya 1.5 kg. Laptop ini juga menggunakan platform Intel Evo dan juga menyokong pengecasan 140W PD3.1. Selain itu, GPU NVIDIA GeForce RTX™ 40 turut disertakan sebagai pilihan. Sebagai laptop 16-inci, Prestige 16 sememangnya ringan namun berkuasa.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post